Tampilkan postingan dengan label Love. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Love. Tampilkan semua postingan

susah hati vs senang hati..

susah hati sebab hubby demam..
panas sangat badan dia..semalam check 39.4 degree C.
Hari ni hubby tak keje tapi i kena redha jugak tinggal hubby sensorang kat rumah sebab banyak bebanan tugas iaitu 2 set soalan exam yang tak siap2 lagi..aiyooo..
susah hati jugak sebab Nora Elena banyak sangat episod.
keje banyak nak kena buat..nak kena tengok Nora Elena lagi..
susah tuuuuuu..hihii..


moga cepatlah kesukaran2 hidup ni berlalu.Allah bagi dugaan sebab DIA sayangkan kitakan??


* * * * * * * * *


senang hati sebab 14 chapters Industrial Hygiene lecture sudah settle!!
berjaya jugak mengharungi 14 minggu yang sukar ini..lega.tinggal soalan je.
senang hati jugak sebab Rafique tak meragam lagi dah macam last week.
dah tido lena sepanjang malam.tido awal pukul 8, bangun lewat kul 7.30 pg.i like it bebeh!!
paling senang hati bila dah bayar downpayment untuk rumah baru.
hujung bulan ni masuk.insyaallah..bye2 rumah 5 tingkat, saya mahu pindah rumah 2 tingkat.


daaaaaaaaaaaaaaa...

before i was a mom..

Before I was a Mom…
I made and ate hot meals.
I had unstained clothing.
I had quiet conversations on the phone.

Before I was Mom…
I had never been puked on,
Pooped on,
Spat on,
Chewed on,
Peed on,
Or pinched by tiny fingers.

Before I was a Mom…
I had complete control of my mind,
My thoughts.
My body,
And my time.
I slept all night.

Before I was a Mom…
I never held down a screaming child,
So that doctors could do tests,
Or give shots.
I never looked into teary eyes and cried.

I never got gloriously happy over a simple grin.
I never sat up late hours at night
Watching a baby sleep.

Before I was a Mom…
I never held a sleeping baby just because.
I didn’t want to put it down.
I never felt my heart break into a million pieces.
When I couldn’t stop the hurt.
I never knew that I could love someone so much.
I never knew I would love being a Mom.

Before I was a Mom…
I didn’t know the feeling of having my heart outside my body.
I didn’t know how special it could feel to feed a hungry baby.
I didn’t know that bond between a mother and her child.
I didn’t know that something so small
Could make me feel so important.

Before I was a Mom…
I had never risen in the middle of the night.
Every 10 minutes to make sure all was alright.
I had never known the warmth,
The joy,
The love,
The heartache,
The wonderment,
Or the satisfaction of being a Mom





thanks Rafique Zaquan for all the special feelings you bring me into..



just love to be your mom..

love u baby..

al-fatihah...

tengah hari tadi balik rumah kejap, amek Rafique sebab his babysitter kena balik kampung urgent >> ayah akak tu meninggal..takziah to Kak Ani and her family..


masa dia call i suruh amek Rafique tu, dia kata ayah dia tenat..tapi masa i sampai umah dia, dah bercucuran air mata, n terus peluk i..saying that her father had passed away..sungguh, i will feel awkward in such situation..tak tahu nak respond ape..sebab i ni memang spesies tak reti nak pujuk or cool off orang2..(tapi kalau i merajuk, orang tak pujuk tau pulak nak saket hati!!) tapi kesian sangat laa coz she and her siblings planned nak balik kampung Jumaat ni..just another 2 days kan..mesti terkilan sangat tak dapat jumpa for the last time..




and i definitely understand the situation...




coz i pun tak dapat tengok langsung wajah my younger brother yang meninggal on August 2006..rupanya dah 5 tahun he passed away..how time flies..bila ingat pasal Asyraf (his name) i felt soooooo stupid for not being aware of his long WEIRD message...


one fine night he texted me..masa tu i kat UPM, 2nd year of my degree..


"Abg Ngah (dia laa tu) kan sebenarnya sayang sangat kat family kita semua..kalau esok awak call mama, cakap kat mama abg ngah mintak maaf sangat2 sebab selalu susahkan hati mama..susahkan hati abah..nanti awak cakap kat mama tau..cakap kat semua orang dalam family kita, saya sayang sangat semua orang..saya janji lepas ni tak susahkan hati sape2 dah.."


n my reply??


"bagus laa kalau tak nak susahkan hati semua orang..tapi...ni buang tebiat ey??call laa mama sendiri.." << read this in as irritating intonation as you can!!






kejam kan ada kakak camni???






that message was sent just one day before he met with the accident!!!


dan yang paling menyakitkan adalah dia meninggal on Sunday night..dan kitorang hanya tahu tentang tu on Tuesday morning!!2 hari ambil masa untuk call the victim's family???AND I AM THE FIRST PERSON TO KNOW THE NEWS AS THE POLICE READ THE MESSAGE THAT HE TEXTED ME!!!!!!




alasan polis lambat bagitau???IC dia alamat umah lama kitorang..telefon dia takde bateri, tak boleh on!!!like WTF??? ko charge baterry for the whole day ke hari Isnin tu baru dapat on handphone dia???




and because he have internal bleeding which did not stop (one of his tulang rusuk broken, tercucuk jantung and his heart puncture), dia dah siap2 dimandikan kat hospital and kafankan..we all tak boleh bukak and tengok (even his face) sebab takut kalau2 ada darah, nanti kena mandikan lagi...=(




for god sake i really do miss him..walaupun kitorang ni macam anjing ngan kucing..dari kecik memang suka sangat bertekak, bergaduh..sebab kitorang berdua je yang umur rapat2..2 years gap..dengan adik yang no3, gap 7 tahun..




Al-fatihah to arwah Asyraf Azinuddin bin Zakaria..
semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang beriman..
amin..

Iftar Ramadhan week 1

Assalamualaikum...




i ni kunun2 jer lah sebelum start Ramadhan tu bercita2 nak masak everyday for lovely family..tapi hasilnyer, hampehss..sehingga semalam 8 Ramadhan, baru 2 hari jer yang i berjaya masak..




dimulakan dengan 1st Ramadhan we went to my brother-in-law's house in Bukit Indah, Ampang for iftar..just the four of us plus 2 lil heroes..pergi rumah dorang lepas balik keje, konfem2 laa i sampai untuk berbuka jer..takdenye nak sempat masak ke hape..huhu..




second day, berjaya masak kat rumah..menunya : ayam masak sweet sour & udang goreng tomyam tah pape..resepi belasah jer sebab nak buat butterprawn sebenarnya..tapi lupa nak beli breadcrumbs..hihi..yang penting hubbyku makan hasil air tangan isteri..rite??=)




3rd Ramadhan balik rumah MIL..emergency sebenarnya..sbb hubby sakit pinggang..nak balik urut ngan papa..tak kan laa lepas berbuka baru nak balik ke Meru sana tu kan??so, terus balik dan berbuka kat sana sajo..selamatlah lemak2 dibadan i daripada digunakan untuk melakukan aktiviti memasak pada hari itu..




4th Ramadhan gatai pulak en.hubby nak ajak pergi bukak puasa kat luar..off we went to Alamanda..ingat JM Bariani ada buffet, tp takde upenyer..dan pilihan sungguh tak tepat ok hari tu..JM Bariani, Alamanda punyer performance pada bulan puasa is macam hampeh!!just imagine, we reserved, ordered and made payment at 5.30pm..pastu gi laa round Alamanda sementara tunggu nak berbuka..kul 7.20pm, we all pergi sana, air belum sampai..makanan pulak hanya sampai selepas habes 2 slice cake Secret Recipe!!aroung 7.50pm camtu..GRRRRRR!!
tu kira ok lagi drpada orang yang tunggu nak order, tapi sebenarnya dia dah tak amek order masa tu..fheww!!if i was in their shoes, ada kot pergi report kat Manager dia ari tu..




sabar..sabar..seb baik bulan puasa..




5th Ramadhan is the 2nd day i berjaya masak..simple2 jer pun menu nya..sotong sambal ngan ayam goreng madu..jadi laa kan??makan berdua jer pun..asal ada makanan sudahhh!!yang bestnya, walau masak simple tapi hubby tetap makan bertambah2..i like lahh hubbyy!!




6th Ramadhan iftar beramai2 at MIL's house..SIL masak gak ikan pari bakar bawak balik umah MIL..i bawak balik kuih dari bazar ramadhan sudah..=) dasar menantu pemalas, gitu laa..




7th Ramadhan we went for iftar with my lovely girlfriends, Kak Mimi n Kak Dayah also Rizal..berbuka kat Kenny Rogers, KLCC..convention centre yer kawan2..kalau u all cari Kenny Rogers kat KLCC itself, memang tak de!!saje gi convention centre..orang tak ramai sangat..surau pun besar..bersih..selesa..=)






pasangan yang bakal kawen end of this year..uuuwww..cant waitt!! ^U^


pasangan sudah kawen..




pasangan tak leh kawen.. @_@




us..with the foods.
.


and little prince..muka kunun pasrah..padahal dok tengah melasak..snap pic tengok kamera jap, sambung melasak lagi..




since hubby tak puas hati tak dapat makan Chilli's on Sunday tu, semalam 8th Ramadhan we went to Chilli's pulak!!ngeee...me tak yah masak, memang on jer lah!!




menu of the day!! Rafique masak ashamm..;-D ANYONE???






My honey crispy chispotle chicken..yumsy!!all time favourite..




ni free menu for Rafique..=) my milk booster perhaps.
.




owhhh..just love this two molats!!muahhhhh...




hari ni nak gi pasar..nak masak..korang doakan laah i berjaya meneruskan misi tu..harap tak kecundang lagi..


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

practicing for the second baby..

wallah tajuk takley blah..saje nak bikin tersebar khabar angin konon i dah pregnant for our second baby..ececehh..macam lah ada orang kesah..ko ingat ko artis??

honestly, i'm not yet ready for that..simple maths..sekarang Rafique 10 bulan..let's say i'm preggy now, he'll be a brother at the age of 1 year 7 months old ++..wehhh..keciknyerr laa nak dipanggil abang..cam kesian jer i rasa..mesti jadik cam tak cukup kasih sayang..

cuba tengok kejelesan abang itu dalam pic kat bawah ni ha..


mula2 tengok dari jauh jer...


ibu, jangan laa dokong baby tu...dokong Rafique laaa.. - kata Rafique..

yang dalam picture tu, Damia Zahraa anak dara si AJ-the-mommy..i pergi tengok baby dia last Friday..dek kerana jeles tu, hampir laa jugak nak kena penampar Rafique..shian baby Damia..
dah 10 bulan i tak pegang baby, rasa macam kekok pulak pegang baby yang kecik comey ni..baby Rafique tuh dah tak terlarat nak dokong pulak..


tapi i rasa, mesti ribut kot umah kalau i ada 2 orang anak camni..kang baby nanges..kejap Rafique nak susu..jap lagi sorang berak, sorang nak makan..huiihhh..pening2..cemane laa gaya agaknya orang yang beranak tiap2 tahun tu ek??ada 18 kaki tangan ker??hihihihi..

meh tengok hubby i pulak practice ada anak 2 orang..

let's pretend Rafique dapat adik lelaki..yang besar tu Rafique, Rafique sekarang ni adalah adik Rafique..konon2nyer la...hammmbekkk dua2 nak duduk atas riba..kalau yang kecik 10kg, yang besar 15kg..tak yah exercise angkat dumbell dah..2 orang ni pun cukup laaa..ibu??memang tak terlarat laa nak riba dua2 camneh..patah peha i!!

time single dulu berat 47kg..dapat anak sorang berat sekarang 43kg..kalau anak 2 orang, tinggal 39kg..kalau 3 orang??kalau 4 orang??memang terbang ditiup angin agaknyer..



siblings rivalry eh??

yang si bulat sorang lagik tu anak buah hubby..Danish Harraz, 2 years 2 months old..
these 2 little teletubbies always make my days..
and unforgettable my mr hubby yang tak berapa nak teletubbies>> he's one of the best thing happen in my life..

tapi kan..tapi kan..seronok kan tengok orang yang anak berderet tu??boleh pakai baju sama..bila dah besar dorang boleh jadi kawan..borak pasal study, boypren..bukan macam i, adik jauh sangat umur..takde geng..sekarang i dah beranak, dorang baru sekolah menengah..tak best..tak best.. tak best..

anyhow, i'm still not yet ready..mungkin 2 tahun lagi..mungkin 3 tahun lagi..ikut perancangan mungkin lepas i dah settel phD..tapi kalau Allah memang nak bagi rezeki itu, kami tak tolak..insyaallah akan terima dengan hati terbuka..

~kita hanya merancang, DIA jugak yang akan menentukan~
WALLAHUALAM

u all pulak cam mane??dah ready for next??;-p


wondering???

sejak ada Rafique, perhatian i rasanya dah beralih 360 degree to him..
kalau ikut peratusan rasanya 20% jer untuk hubby..
another 80% is Rafique's..
masak memang jarangggggg sekali..
harapkan weekdays memang tak sempat..
balik keje laju2 kemas apa yang patut sebelum amek Rafique..
Rafique pulak memang kaki gayut..kalau dah tertido pun,
bila dia rasa ibu takde kat sebelah (takde tempat untuk ber'gayut') terus sedar..
bila dia lelap kejap2 tu, laju2 lagi i kemas2 apa yang patut..
gitu laa tiap2 hari..
hubby memang tak kesah i tak masak..bukan setakat tak kesah, siap tak bagi lagi..
dia kan konon nak diet..pastu pulak dia kesian kat i kot kelam kabut ngan Rafique..


tapiiiii...rasa cam sian pulak kat hubby...


most of the weekends memang we all akan ada macam2 plan..
paling2 tak pun, balik rumah MIL..
kalau dah balik umah MIL, mesti laa MIL yang masak..
takde maknanya i masak..
bukan malas, tapi segan..
kat umah MIL ada FIL and BIL and SIL gak..
segan laa kalau dorang masak masakan i yang ala kadar compared to MIL yang memang expert masak tu kan???
what if kalau dorang makan macam ala-ala kadar je??
i pulak yang kecik ati nanti..
so, baik tak yah!!HAHAHAHHA..

jauh dah merepek, back to citer hubby..
selain dari tak masak, i pun tak iron baju hubby..
mr hubby i gi keje pakai t-shirt jer..
kekadang tu, kalau rasa bersalah menebal, i iron gak kemeja untuk hubby pakai gi keje..
tapi hubby tak bagi.sebab dia kata, dia naik motor, pakai jaket, kedut gak!!
tak iron kan baju, tak masak, jadi ape jer laa yang i buat untuk hubby???

buatkan air jer la..=)

i ingat bulan puasa nanti i nak usaha gak masak..
sediakan makanan untuk orang berpuasa kan dapat pahala..
untuk suami sendiri pulak tuh..
u all doakan lah i berjaya atur masa untuk itu..
kalau ada tips, tolong share pleasee..


p/s : hubby i melancarkan misi nak berhenti smoking mulai hari ni..doakan dia berjaya yer..=)

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


selamat ulang bulan yang ke 10 sayang..

oh my oh my...in just another 2 months, you'll turn 1..
macam tak percaya jer ibu dah berjaya memBESARkan seorang manusia..
kalau 10 bulan yang dulu Rafique seberat 2.96kg, sekarang dah 10.8kg!!
kalau 10 bulan yang dulu Rafique hanya sepanjang 48 cm, sekarang dah separuh dari ketinggian ibu kamu yang tak berapa nak tinggi ni..
kalau 10 bulan yang dulu Rafique cuma reti tido, minum susu n nanges jer, sekarang tidak lagi!!!
there's sooooo many things u've achieved..


Rafique dah pandai panjat kerusi..
panjat katil is still in progress..sebab katil ibu tinggi sangat..


Rafique pun dah pandai merangkak cari ibu kat kitchen atau bilik air sambil panggil "mamamamaamama"
belasah lah sayang..mama pun mama lahhh...
kalau ibu kat dalam toilet, Rafique tunggu laa depan pintu toilet tu sambil ketuk2 pintu..
ibu nak membuang pun tak tenang..=D



Part makan sangat mencabar..sebab Rafique nak makan apa yang orang lain makan..paling suka laa dia kalau kita suap apa kite makan..nak jadi besar, kena laa tumbuh gigi cepat2 yer sayang...


gigi maintain tak de lagi..tapi gusi banyak tajam woooo!!
sakit bila dia gigit..kekadang tu rasa cam nak putus nipple ibu ni wehh..
kalau ikutkan geram, mahu jer sumbat botol terus..
tapi bila dia dah tido,

tengok muka dia yang sayu time tido tu, terus tak jadi nak pikir pasal stop breastfeeding him..NO NO NO..pastu terus rasa cam bersalah to have that kind of feelings..tah papetah ibu ni kan Rafique??insyaallah..ibu akan terus kuat hati untuk terus breastfeed Rafique selama yang mungkin..tapi Rafique kena janji don't bite ibu lagi tau!!kalau bite, ibu picit hidung Rafique nanti..



Rafique dah pandai berperang ngan ibu time nak pakai baju or change CD...
sangat pandai gelak..macam faham jer laa orang cakap ape ngan dia..as his name "Rafique" he is a real good accompany..kalau stress lepas balik keje, stress tunggu hubby balik lewat, borak2 ngan Rafique terus jadi happy..=)

Kejayaan yang paling besar untuk bulan ke 10 ni, u know how to express your anger..
tapi ibu belum sempat lagi nak take video on that..later laa ibu amek..
tapi walaupun anak ibu punyer laa genggam tangan, ketap gusi bergetar2 pun, u still looks cute baby..and ibu memang tak ley nak marah..gelak lagi ade la..hihihi..

paling suka kalau masuk bilik air..
nak cuci poo poo pun dia ingat nak mandi..
tak dapat mandi (main air) mula laa nak marah..
pastu ibu n ayah need to be extra cautious during shower time now, sebab Rafique dah pandai nak stand dalam bath tub!!it's dangerous laa..

last few days, dapat pulak skill baru..
bukan setakat mengemas yang kat depan mata jer, drawer pun Rafique dah tahu cam mane nak bukak..and dashboard too!!!muka bangga jer bila dia berjaya bukak..
makin banyak laa tempat dia boleh mengemas pasneh...

rasanya ada lagi kot pencapaian baru..tapi ibu tak ingat dah...nanti2 kalau ada idea lagi, ibu tulis lagi..


happy 10 months young birthday baby!!!

the two of you means the whole world to me..
love love love you soooooo much..
muahhhhss!!


COSH 2011

isnin dan selasa lepas sunyi sepi kat blog dan facebook coz i'm attending Conference on Occupational Safety and Health (COSH), 2011 kat KLCC..2 hari berturut2 mengharungi jem pergi dan balik..timbul pulak rasa kagum kat orang yang mengharung jam tu tiap2 hari...maklum lerr, i dah bese gi opis 5 minit je drive from home sweet home..sedih gile bila sampai umah kul 8.30 malam melihat my prince charming dah tergolek tido tak berbaju pulak tu sebab mr.hubby kata Rafique takmo pakai baju lepas mandi tadi..huhuhu..belasah ler labuuuu...hari ni kul 4.30ptg terus nak cabut cepat, n terus amek Rafique n nak gomol puas2..=)




parking kat KLCC RM23.00 dari pukul 9pg sampai 6 petang yer kawan2..pitam tahu..seb baik bley claim..seb baik jugak conference 2 hari jer..mesti orang yang keje kat KLCC gaji dia RM18K sebulan sebab duit parking jer dah RM500.I keje lam hutan, parking FREE!!*walaupun begitu, tiap hari merungut malas nak gi keje sebab susah nak cari parking* maka, kalau keje kat KLCC mesti lebih banyak alasan yang wujud untuk malas gi keje..maka, bersyukur kejap i keje dalam hutan.




oh..oh..oh..sekarang rasa ada sikit neves memikirkan pergerakan jarum penimbang berat badan kalau badan ku ditimbang..asyek makan jer sepanjang conference tu..dah ler banyak cakes, pastries etc..tahu jer laa kalau dah hantu coklat nampak choc cakes...TERKAM!!! Tambah pulak makan FREE, automatic jadi terlebih berselera untuk makan..tapi time lunch first day jer tak berapa best, makan chinese food..nasi goreng almost basi pulak tuh..euwwwww!! tambah pulak duduk semeja ngan strangers, borak pulak pasal nations..mak aihhhh, memang terbantut selera makan i..second day, duduk semeja ngan my seniors from UPM (degree), baru syiok makan..nak borak pun tak payah nak cover2 punyer..=)


ni kunun2 tengah khusyuk dengar talks laa ni..padahal berlakon jer suh orang snap pic..kihkihkih..sonok gak sekali sekala pergi conference ni, dapat upgrade knowledge..dapat new contacts..dapat "tak yah masuk opis"..itu yang paling best tu!!


and...dapat jumpa kawan2 jugak..ini Eita adalah ex-coursemate masa degree dulu..usually ramai gak my coursemate gi COSH ni..but this year ada 3-4 orang jer from my batch..senior2 jer yang ramai..or mungkin gak tak terserempak sebab approximately 1300 peoples were attending the conference..lautan manusia disitu..

yang kurang best ialah sebab i tak dapat hadiah lucky draw..hadiah bapak best..Galaxy Tabsss and IPadsss2!!*nampak ssss disitu..itu maknanye BANYAKKK!!* tapi sebijik pun tak mengena..sumer laki jer yang dapat, takde langsung pompuan..frust jer tau!!gender discrimination ke ape ni??mentang2 laa pompuan sikit jer pergi COSH, sorang pun tak kena..hubby kata dorang tu dapat pasal dah 10 tahun pergi COSH..kasik chance lahh..nanti bila kita pun dah masuk tahun ke 10 pergi, insyaallah ada rezeki jugakk..hampehhss..


paling best ialah orang asyek ingat we alls students!!auwww..perasan muda kejap ok..siap terperanjat and tak percaya bila cakap dah ada anak...VANGGA sat disituuu..*sambil kelip mata ala2 mengada*


by the way, sebab 2 hari tu i balik umah asyek kul 8 malam maka hubby laa in-charge amek Rafique..and jaga Rafique sensorang smapai i balik..yang tak tahan tu dia kuarkan statement berlagak " u jaga rumah ke, i jaga rumah ke, sama jugak..bersih gak rumah.." ececeh...kunun nak cakap dia pun boleh handle Rafique n rumah sensorang la tu tanpa merungut..sebab selalulnya dia yang balik keje lewat..balik2 jer isteri ni dah siap sumer (tapi merungut penat >> saje nak mintak belas kasihan hubby) kecuali bilas CD rafique sebab tu memang tugas dia..so, in that part dia menang laa..sebab i balik jer, dia dah siap basuh botol Rafique, kemas rumah, sapu rumah, siram pokok bunga etc etc dan bilas CD skali..clap3 to u encik hubby..GOOD JOB!!


2 hari jer tu..boleh laa berlagak tak merungut.cuba kalau tiap2 hari, konfem mulut dia pun dah bising cam mulut i gak..kahkahkah..


k laa...nanti nak cite pasal gi visit baby Damia pulak..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


Analeigh Tipton On "Crazy, Stupid, Love" NYC Premiere 2011

Analeigh Tipton stars as Jessica, the babysitter who has a crush on Steve Carell character Cal, Crazy, Stupid, Love. The film stars Steve Carell, Ryan Gosling, Julianne Moore, Emma Stone, Analeigh Tipton, Julianna Guillen, Kevin Bacon and Marisa Tomei, and is set to hit cinemas on 29 July "Crazy, Stupid, Love." Stars Steve Carrel, Ryan Gosling, Emma Stone and Julianne Moore were present at the film premiere. See photos of "Crazy, Stupid, Love." NYC Movie Premiere arrival Tuesday night.

Analeigh Tipton on

New York sees another star-studded film premiere, this time it's "Crazy, Stupid, Love." Held at the Ziegfeld Theater 19 July 2011 and starring Marisa Tomei, Julianne Moore, Analeigh Tipton, Steve Carell, Ryan Gosling and Emma Stone.

Analeigh Tipton on


Analeigh Tipton on


Analeigh Tipton on

for you..

to my beloved abah, Zakaria Abdul Rahman

and

hubby, Ahmad Fadzeli Jabaruddin





eventhough you are no tougher than




not as muscular as


and not even stronger like


YOU ARE ALWAYS THE HERO OF MY LIFE!!!

HAPPY FATHER'S DAY

LOVE YOU BOTH SOOOOO MUCH..

dugaan..moga ada hikmah disebalik semua ini..

mula dengan Rafique demam Rabu minggu lepas..
i pulak demam hari Khamis..seb baik i demam kejap jer..
Rafique pulak demam meleret-leret, sakit tekak sampai x nak makan langsung..
only susu jer yang masuk dalam perut dia..
itupun direct feeding sajer..x nak minum langsung from bottle..
just imagine last Friday masa i pergi keje from 7.30a.m till 4pm dia cuma minum 6 oz jer!!
hari sabtu dia dah makin sihat..
lega tengok bila Rafique dah nak main..
by Monday dia dah makin ok..makan pun nak dah..
tekak dah selesa laa tu..


tapi yang x bestnye, since Sunday tu, hubby pulak start demam..
isnin pergi klinik >> MC..
selasa pergi klinik >> MC & injection
rabu i dah x ley sabar tengok condition dia, terus paksa pergi hospital..
warded sampai laa hari ni..
demam dia masih on off on off on off..
temperature badan macam lif, asyek naik turun jer..
blood test ok jer..xde dengue..its viral fever..
harap doctor bagi hubby keluar laa ari ni..


semalam, i pulak sakit mata..
mata merah n rasa denyut2..
balik dari hospital petang semalam, pergi klinik amek ubat before fetch Rafique from babysitter..
fhewww..penat..


penat nak uruskan Rafique, hubby dan rumah sorang2..
penat sampai rasa badan dah lemau and boleh demam bila2 masa..
harapnye tak laa..
kalau i demam jugak, sape pulak nak jaga Rafique??
cemane kalau susu drop time demam??
waaaaaaaaaaaaaaaa..lagi haruuuu..
X NAK X NAK X NAK X NAK!!!


esok 1 Rejab kan??harap i larat nak puasa..
dah laa puasa yang tinggal last year 6 hari masih lom berganti..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


sory laa entry berbaur keluhan..moga i terus diberi kekuatan nak lalui sume ni..

bila suami demam..

good morning..

pagi ni tak ceria lah..
sebab hubby masih demam..
4th day demam since ahad malam..

Isnin pergi klinik, doc bagi ubat n mc..
semalam pergi lagi klinik, amek jab n mc lagik..
hari ni macam nak bawak gi hospital pulak kot..
klinik kan cam check ala kadar jer..
demam >> bg panadol..
sakit tekak, selsema >> ubat, ubat dan ubat..
sumer ubat dibagi berdasarkan 2-3 minit consultation jer..
kalau hospital baru full check up kan??


kawan2..sila doakan my hubby cepat sembuh yer..


i rasa macam dah patah tangan sebelah bila hubby demam..
everything kena buat sendiri..
selalunya, hubby tolong2 gak ngan keje umah esp bilas CD rafique..
pastu pagi tadi nak turun pergi keje, i kena angkut Rafique dan segala bags sorang2..
u know when i said BAGS >>beg susu, beg laptop & pump, handbag, rafique's nursery bag plus the budak bulat yang dah 10kg tu!!!FHEWWW...

ok lah..nak siapkan marking paper cepat2 n bawak hubby pergi hospital pulak..
daaaaaaaaaaaaaaaaa...



definisi gembira yang kini dah berubah

selamat hari isnin..

korang gembira tak hari ni??
i gembiraaaaaaaaaa sangat sebab pada pukul 10.50 pagi masih dirumah bersama Rafique..;-D

2-3 hari lepas i chat with a friend..my ex-classmate masa degree..hope he'll read this..
di sebok dok cakap xde awek nak kat dia sebab asyek bizi ngan keje laa..kalau yang ada pun x memahami dia laa..bla bla bla bla..dan suruh i tolong carikan awek untuk dia..hurm????

pastu tiba2 cakap kesian kat i sebab dah ada baby x ley GEMBIRA macam dulu lagi..WTH??

HELLOOOO KAWAN!!GEMBIRA BOLEH BERPUNCA DARI MACAM2 OK...

mungkin satu masa dulu gembira bermaksud dapat tido secara marathon dari pukul 3 pagi sampai pukul 3 petang lepas siapkan esaimen...atau dapat marathon 3 movie dalam 1 hari..atau dapat melalak 3 jam kat redbox tanpa henti...atau ukur keluasan Mid Valley or Times Square dari pagi sampai malam n last2 hanya beli maggi sepeket..atau mungkin main boling 3 games sampai patah sumping
sume kuku..

tapi sekarang, for me HAPPINESS means :

bangun pagi, boleh menggomol my prince charming dan x payah rushing2 bersiap pergi keje...atau dengar gelak tawa si bujang i tu...atau melepak depan tv sambil makan eskrem dengan hubby (share 1 sudu jer tau..romantik gituuu!!!)..atau hubby makan masakan i sampai bertambah-tambah..atau...bawak my prince charming pergi potong rambut???


atau...dapat shopping CD secara pukal!!!

p/s : x sabar menuggu sebahagian dari 'mereka' menjadi milikku..=D

APA PULAK DEFINISI GEMBIRA KORANG??

tetibe jer emo..

petang semalam my hubby balik keje lewat.almost 9 p.m baru sampai rumah. so, lepas balik keje sampai malam i berdua jer laa kat rumah ngan Rafique..si kecik tu pulak, selalunyer, tengah azan maghrib dia memang dah lalok giler..semalam x nak tido pulak..so, i terpaksa laa mandi2 P.Ramlee jer n solat maghrib..kalau lama kena tinggal sensorang, nanges pulak dia nanti..


sepanjang i solat maghrib tuh, punyer laa bising dia.. bukan nanges, tapi berborak ngan fan, borak ngan dinding dan segala laa yang ada sekeliling dia tu..


usually, i memang amek masa wirid sket pas semayang maghrib before baca doa. yer laa masa2 lain memanjangnye nak cepat kan..hihihi..so, semalam masa nak wirid tu Rafique dah start bunyi2an x gembira sket dah..lama sangat borak ngan dinding, bosan laa tu gaknyer.. so, i amek dia riba sambil wirid..dia diam jer..baik anak ibu tu..=)


lepas dah selesai wirid, tadah tangan nak baca doa, i amek tangan comel tu i tadahkan sekali kunun dia baca doa sekali lah...so, i baca laa doa macam biasa n tibe2 bila masuk part doa untuk kedua ibu bapa, i felt like some strange feelings..sampai mengalir i mata, air hidung baca doa..


know why???


sebab tetibe terfikir, sejak dulu i doa untuk mama abah (alhamdulillah, so far x pernah lupa doakan agar my parents dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan hidup dunia mahupun akhirat) and sekarang rasa macam Rafique doakan i perkara yang sama pulak..terharu...sob..sob..

x pasal2 jer emo kan??padahal i yang baca doa.bukan si kecik tu paham pun apa dia buat masa i pegang tangan dia baca doa tu..hehehhe..



Rafique,

ibu selalu doa supaya Rafique dipanjangkan umur dan membesar dengan sihat.
nanti Rafique jadi anak yang bijak dan soleh yer sayang...
bila Rafique besar, jangan lupa doa untuk ibu jugak tau..
love u always baby..
mmuuuaahhhh...



wiken yang penat

selamat pagi isnin semua..

pagi2 nak menceceh pasal wiken yang sangat penat tanpa rehat..
both saturday n sunday..

sebab??

last week dok berulang alik dari rumah MIL ke opis, maka rumah adalah ditahap kritikal bersepah..baju yang x basuh plus baju x berlipat ibarat "Gunung Tahan" yang tak ditarah langsung!!sebelum jadi Gunung Kinabalu, baiklaa kita tarah dulu..

sebab kedua ialah kerana tuan rumah kami yang baik hati cuba menyelesaikan masalah tenant iaitu low water pressure eversince kami duduk rumah tu lagi..lepas setahun duduk, baru tercapai hasrat untuk pasang water pump..yappp!!air kat rumah kami sangat laa slow selama ni..kalau bukak air kat sinki dapur ataupun pakai washer machine, maka jangan harap laa kalau nak ter"poopoo" tuh..simpan dulu sampai washer machine selesai buat keje..

so, bila nak install water pump, plumber kena potong main pipe..maka habisler kitchen atau dengan lebih tepat lagi separuh rumah i dilanda kebanjiran..seb baik x melimpah ruah masuk dalam bedrooms..kalau kebanjiran air jernih xpe gak..ni kebanjiran air bercampur simen yang diketuk plus berhabuk lagi..HAIIIIHHHH..sukar digambarkan dengan kata2 laah..

malangnyer sebab saket hati melihat situasi tu, terlupa pulak nak amek gambar..

pastu pulak, kebetulan time plumber ada, sinki dapur tu bocor pulaakkk..tapi ok la kan, ngam ngam ada plumber..tapi plumber tu, i rasa macam tikus membaiki labu pun ade..sebab masalah sinki bocor yang kononnye diselesaikan, x selesai pun..lepas plumber tu balik, rosak balik!!adooiiiyyaaiii!!!dahler kabinet bawah sinki yang penuh ngan barang2 beserta stock makanan tu abes basah..

can u imagine my feelings??

penat ohhh nak selesaikan sumer tuh..berselang seli ngan nak handle Rafique lagi..Rafique plak dah tengok ibu ayah bizi tonggang terbalik mengesahkan kitchen yang jugak tonggang terbalik, dia pun tolong laa skali..tolong nanges laa mengahvockan lagi keadaan..sudahnyer, hubby dokong Rafique sambil tolong i mengemas..hihihi..maka, jadilah gotong-royong sekeluarga..

happy just because nak cuci CD Rafique semakin cepat coz air dah laju untuk buang poopoo Rafique..dan washer machine semakin efficient masuk air 2 minit jer dah penuh..kalo dulu 15 minit baru penuh kot air dalam washer machine,1jam lebih baru siap cuci 1 round..satu malam boleh cuci satu round jer..sekarang satu malam dah boleh cuci baju 2 round..yay!!=)

sekian bebelan waktu pagi.nak wat keje pulak..
selamat menjadi pekerja yang efficient peoples..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

rindu kamu

lagi 3 hari nak abes pantang..then, it's time to go back to meet my hubby..

kangen bangat sama kamu!!


p/s to my hubby :
i balik nanti sambut laa dengan apa yang patut ey..handbag sebijik or kasut sepasang pun jadi lerr.. X de LV,Coach pun xpe, Bonia or Guess pun kira ok whattt??? ;-D

i'm soooo touched..


patutler dari semalam terasa macam nak bukak blog my hubby je..he did update something upenyer..i didn't include him in my bloglist sebab dia bukan rajin sangat pun update blog..2-3 bulan sekali kot..orang busy laa katakan..lain laa bini dia yang sememangnya sentiasa banyak masa terluang ni..;-)

ok, back to the topic.apa yang wat hati i tersentuh adalah entry terbaru (baru laa sangat) hubby ni..

My hubby tu muka jer macam gangster, but he's romantic in his own way..nak harap bagi bunga or bukak kan pintu kete, simpan jer laa cita2 tu..hahaha..

k laa..that's all..nothing pun. tulis ni sekadar untuk ingatan kepada diri sendiri..so sweet of him..love u banyak2 la hubby!!!

MMMMUUUAAHHHHH


kopak poket aku!!


to my sister,

NUR AMIRAH FATINI BT ZAKARIA

for her PMR..

And kepada semua adik2 yang menduduki PMR mulai hari ini di seluruh Malaysia..

adik yang nak exam, i plak yang tolong neves..
hope she'll got an excellent result..
i know she can do it..(tapi x ley cakap depan dia..nanti perasan tahap gaban!!)

tapi yang lemah tu, dia dah claim awal2..kalau dapat 8A, nak handbag yang harga RM300 and above!!!CHETTSSS!!!aku pun pakai handbag beratus tu masa dah masuk U tahu!!demand lebey tol!!!




the day we've pronounced man and wife

this is a scheduled entry..

sebab i x pasti whether i sempat x nak tulis entry ni today..in case our prince charming had arrived..

ok.back to main topic..

HAPPY 1ST WEDDING ANNIVERSARY HUBBY!!

*the day we tied the knot*

rasa macam x percaya pulak dah setahun 23 September 2009 berlalu..cepat sangat..the memory on our big days are still fresh in my mind..memory on our engagement day..memory of Pak Imam salah sebut nama i masa akad nikah..memory u jawab akad dengan sekali lafaz jer..(nampak sangat gelojoh!!huhuhu)..every single things rasa macam baru semalam berlalu..sedangkan, we are actually waiting for our prince charming's arrival..(or mungkin he had arrived by the time this entry is published!!)

how fast time flies..

walaupun dulu i pernah cakap i will only get married at least after the age of 27 (time jual mahal and konon nak kejar cita2 dulu), but i never regret with the decision to marry u..which definitely lari jauh giler dari target tuu..hahhaha..jodoh, pertemuan, ajal, maut kan di tangan-Nya..=)

i really do treasure every seconds of our marriage..through the ups and downs..through the happy and teary moments..it really build us..both..to grow stronger in facing life reality..to be more matured..to be more responsible..

semoga Allah kekalkan kebahagiaan kurnian-Nya ini till our death..dan semoga kita berjaya mendidik our kids menjadi insan yang berjaya di dunia & akhirat..

amiiinnn...

LOVE U SOOOOO MUCHHHH!!!