aku, dia dan CD..

this is the second time taip entry ni..harap lepas bebel panjang2 jap lagi, xde lah disappear macam pagi tadi lagi..sedih tau.usaha ku menjadi sia2..hukhuk..
tanpa berlengah lagi, mari layan i bebel about CD...ohhh..NO NO NO..bukan compact disc yer kawan2..ini CD is cloth diapers ye..
apakemende cloth diaper tuh???
mesti ada yang tanye soklan ni kan??so, bagi yang x tahu especially yang masih single dan belum menceburkan diri ke alam baby2 items ni, cloth diapers adalah bagi menggantikan pampers yang pakai buang tu..bentuk dia sama,cara penggunaan sama, cuma bezanya adalah CD boleh dicuci sedangkan pampers adalah membantu meningkatkan masalah sampah di dunia ini.
to those yang masih single mingle (kalau ada baca), jangan tekan pangkah disebelah kanan atas tu dulu yer.sebab entry ni bakal berguna jugak untuk korang satu hari nanti..ataupun korang boleh teruskan kempen GO GREEN ni *tibe2* kat kakak korang ker, makcik sebelah rumah ker or sesape jer laahh..sharing is caring..
i mula menceburkan diri ke dunia menCDkan Rafique ni baru sebulan lebih..lepas start keje..i decided not to use the CD masa confinement sebab x mau susahkan mama n MIL yang jaga i..dah ler kena jaga i, masak untuk i makanan "special", x kan nak tambah tugas dorang ngan laundry works pulak kan??so, mari menjadi anak yang berhati mulia.
memandangkan i pun baru jer guna CD for 1 month++, koleksi CD pun xde laa banyak sangat..baru 12 keping jer..
5 pieces of Autumnz..3 buttons and 2 Velcro yang dibeli masa Baby Fair kat Mid Valley..

5 pieces Babyland hadiah dari my opismet untuk Rafique..


1 piece BizMom yang dibeli time bizi giler baru2 ni..bizi giler, tapi sempat shopping.apekahh??

lagi satu, Lunatots yang diblei sesama ngn Autumnz xde dalam pic sebab berada di "bon-bon" Rafique ketika gambar diambil.

my experience using CD ni tidak lah sesukar yang dibayangkan..nak cuci dia sangat mudah..nak buang poo poo baby pun senang jer..just pancutkan jer air kat CD tu..it will go off by itself. lepas dah buang poo poo, terus masuk dalam washer machine and there it goes.tunggu sidai jer nanti..=)

as for me, i sangat lucky lahh bila my hubby yang super penggeli tu sanggup ambil alih laundry works!! i pun macam kena tampar n cubit pipi sendiri bila hubby OFFER diri, WILLINGLY nak cuci CD Rafique, sedangkan i memang tahu tahap penggeli hubby i neh..before this, cuci bontot Rafique pun dia x nak!!!SEEE???sebab sangat senang pun cuci CD ni tau..u dont need to soil your hand..don't worry..

ada yang tanya i pasal leaking..so far, setakat menggunakan CD selama 1 bulan lebih ni, x pernah lagi leaking walaupun i x perlu bangun malam to change Rafique's CD..sebab night time, i changed him before i tido around 12 a.m dan masukkan 2 inserts dalam CD tu.kalau ur baby jenis yang heavy wetter, masukkan 2 insert jugak waktu siang. no problem!!lagipun i dah pre-wash 3 kali as instructed sebelum first time guna dulu..

pre-wash tu ape???

alaa...CD ni macam towel gak..lagi banyak kali kita cuci, kadar penyerapan dia pun lagi bagus lah..pre-wash ni pun senang gak.masukkan jer sumer dalam washer machine, x payah letak apa2 detergent, kalau boleh letak air maximum walaupun CDnyer sket jer..then, biarlah washer machine yang buat keje dia.kita x yah pikir.dah siap cuci, jemur.dah kering, masuk washer machine lagi.ulang sampai 3 kali..tujuan pre-wash 3 kali ialah selain meningkatkan daya serapan ialah untuk buang sisa2 chemicals or habuk2 yang melekat pada CD sepanjang manufacturing process.

SENANGKAN???

tapi, masa i dok tunggu CD2 tu siap pre-wash, memang menggeletiklah kaki tangan ni..x sabar nak pakaikan kat bon-bon Rafique!! n seriously. we (my hubby n i) both sangat suka tengok bon-bon chomelss tu bila pakai CD..colourful lagi!!undeniable chomelness!!hubby i kalau weekend memang x pakaikan suar untuk Rafique sebab cam dah comel jer pakai CD tu especially BizMom punyer..sebab corak dia macam jeans!!we really love jeans.ain't we??huhu..masa pergi picnic ari tu pun, selamba jer pakaikan baju jer, x pakaikan suar pun untuk Rafique..hehehe..

faktor utama yang membuatkan kami memilih CD dan hubby sampai sanggup mengambil alih tugas cuci-mencuci CD adalah kerana ia sangat membantu dalam memperlahankan kadar pengempisan poket!!!

before this, kami guna DRYPERS untuk Rafique. 1 minggu 1 paket yang besar, harga RM30++.satu bulan dah jadi RM 120++.kalau satu tahun, akan jadi around RM1.5K (ohh..boleh beli Coach Poppy sebijik dah tu).kalau Rafique pakai pampers sampai 3 tahun, the cost will go up to RM4.5K!!!lagi pulak, yang RM 30++ i beli before this is size S. lagi besar saiz, mesti laa lagi mahal kan??? and take note, ini kalau anak u all jenis kulit x sensitif boleh belasah pakai Drypers cam Rafique. Kalau kena pakai Mamy Poko or Huggies????lu pikir laa sendiri...

now, mari compare dengan penggunaan CD..harga CD ni ada wide range sebenarnye..average RM30/piece.kalau korang nak beli mahal punyer like Grovia yang harga RM100++/piece pun, it's ur choice lah.i amek kasik contoh yang paling murah. ideally untuk fully cloth diapering kita patut ada 20 pieces (buat laundry 3 hari sekali)..maknanyer kat situ RM 600 kan?? memang mahal untuk permulaan. tapi cuba compare ngan harga yang kat atas tu.paling kurang pun dah boleh save RM 3K untuk seorang anak tau!!yang lagi best, CD ni boleh di pass kepada next baby pulak!!!So, memang x salah lah kalau yang ada duit tu, nak invest dengan beli CD yang mahal sket.sebab mesti kualiti lagi bagus, tahan lama. x gitu??;-)

kalau x pun, u all boleh mula ngan sikit macam i..beli 6 keping dengan niat nak mencuba, pastu murah rezeki Rafique dapat hadiah from my colleagues..hoyeahhh!! pastu, baru laa tambah koleksi slow2..sebulan beli 1 piece RM 30 dah save RM 90 sebulan banding ngan pakai disposable diapers. kalau setahun save RM 1080, boleh masuk tabung COACH..WEEHUUUU...

cuma sekarang ni dengan bekalan 12 pieces,i kena rajin sket la buat laundry works untuk CD everyday..nak cukupkan hantar kat BS lagi..tapi x susah pun, sebab CD mudah kering. lepas cuci (dengan washer machine) malam2, sidai kat depan kipas.esok pagi, amek jer terus untuk bawak gi umah BS..no problemo..

i pun xde laa fully cloth diapering sangat sekarang ni..kalau time outings, i pakai jugak DRYPERS yang beli ujung bulan 11 tapi masih berbaki 3/4 pack tu..maleh nak bawak wetbag bagai..hihihi..at least, i dah kurangkan banyakkkkk masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh disposable diapers (they are non-biodegradable) dan kurang sket menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan yang berpunca dari Dioxin and Tributyl-Tin. kan??

FIKIR-FIKIRKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!!