Tampilkan postingan dengan label eat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label eat. Tampilkan semua postingan

puding peach hasil keras-tangan saya

heyya!!

instead of takde bakat atau malas (whichever u feels like calling it) membaking dan memasak, i suka buat puding..walaupun takde laa pandai sangat2, sekurang2nya puding yang i buat konfem akan jadi dan konfem akan habis!!jadi, i memang suka lah kalau i buat something dan orang makan sampai habes licin..by the way, who donts kan??=P


hari sabtu yang lepas, i buat puding peach ini..first time sebenarnya buat puding peach..i buat puding dan letak dalam bekas comel2 macam ni, untuk dijadikan hantaran sempena majlis merisik adik ipar i..


ok tak rupa puding peach i ni?? walaupun namanya puding peach, tapi ada cherry jugak kat atas tu sebab hubby kata kena letak jugak cherry, baru menyerlah warnanya!!jadi isteri mithali kena laa jugak ikut cakap suami even tak setuju sangat..belasahhhh jer laa labu..


lepas dah buat, kita wrapped dia dengan plastic supaya tak tercemar dengan bacteria2 yang berterbangan di udara masa kita nak bawak gi umah "bunga" yang hendak dirisik yer puan2..;-) i feel sooo funny when my uncle say the word "bunga" untuk bahasakan diri orang yang kami nak risik tu..sebab dah terang2 we all sumer memang kenal dengan beliau..still nak ber"bunga" bagai..hohoho..lain laa kalau tak tahu nama..hihi..memang sopan santun habes!!LOL!!


side view dia macam ni lah..sebelum masukkan layer bawah tu, i potong peach kecik2 letak dalam mangkuk comel tu..then, ikat reben sket dikaki mangkuk..kan namanya hantaran, kena lah disediakan cantik2..puding yang tak berapa enak, terus nampak yummylicious..kikiki..


eh..eh..puding tu enak tau!!resepi i google2 jer..tapi lupa lak kat mana sourcenye..boleh lah cuba kalau u all nak..sini i kasik resepi yang i guna tu..and i alter sesedap hati..;-)

bahan2 nya:

  1. sepeket agar2
  2. telur sebijik riuh sekampung
  3. buah peach
  4. gula
  5. susu cair
  6. pewarna
  7. tepung custard
steps:
  1. masak sepeket agar2 dengan 600ml air, 400 ml susu cair dan 250gm gula. bring to boil. >> i letak gula sket jer sebab i masukkan peach syrup tu skali..susu cair i ganti ngan fresh milk pasal itu jer yang ada dalam peti..jangan letak EBM pulak.karang tak pasal korang dapat anak susuan..hihihi
  2. asingkan 1/5 dari bahan kat atas ni dalam bekas lain. masukkan beberapa titik pewarna yang korang nak warna ape.. >> i guna warna hijau..nak merah, boleh letak sirap.kalau korang nak banyak layer, pandai2 laa bajet sendiri berapa banyak yang korang nak asingkan tu..
  3. pukul sebijik telur dengan 2 sudu tepung custard dan 10ml air. >> tapi i tak pakai telur pun sebab kebetulan pulak telur takde dalam peti ais..tepung custard tu i lebihkan sket bagi menaikkan lagi seri warna kuning tu..
  4. masukkan bahan kat no.3 ke dalam 4/5 bancuhan agar2 tadi tu..bring them to boil.
  5. potong buah peach kecik..letakkan laa kat dalam mangkuk tu.. >> step ni i tambah sendiri.resepi yang i amek tu tak ajar pun..kalau korang tak nak letak pun boleh..tapi kalau letak baru laah ada feel makan puding boleh gigit2 peach cuts tu..
  6. tuangkan bancuhan custard td..
  7. tuangkan lah layer atas tu ikut suka hati korang nak buat berapa warna.

dah siapppp!!!masukkan dalam peti ais kerana puding sememangnya enak dimakan sejuk2..nyumnyum..next time buat, i rasa i tak nak dah campur agar2 kat custard tu..kurang feel laa texture dia..anyway, it still depends on your preference...


bila dah tengok puding2 comel jer letak dalam bekas camni, rasa macam nak wat bisnes jual puding dalam bekas comel jer..ada ke orang nak beli ek??maybe boleh buat untuk hantaran, deserts untuk majlis kawen or birthday party pun macam comel jer..boleh kumpul duit buat beli CD untuk Rafique lagi..hihihi..i tau laa u ols pun pandai wat puding gak..tapi kan kalau nak buat majlis2 tu sume, mesti tak sempat nak buat sendiri sume sekali..haaaa..that's when i come into picture!!LOL..kalau nak tempah contact laa i..HAHAHA..

daaaaaaaaaaaaa...

saya sudah makan pavlova.awak sudah??


tajuk tak tahan berlagak macam i lah orang pertama kat Malaysia makan pavlova..padahal dah beratus ribu orang here and there dah cerita pasal makanan bernama Pavlova ini..harapkan i nak baking macam u ols semua, ntah bila laa kan nak menjadi..masa gi KLCC last 2 weeks yang berjaya makan macaroons tu, memang asalnya cari pavlova gak, tapi tak berjaya..akhirnya, setelah dapat berita gembira dari adik yiying cakap ada jual Pavlova by slice kat Delicious, sungguh gembira hati ini..;-p


ini lah rupa pavlova yang dijual kat Delicious tu..i tau..i tau..mesti ada orang cakap "pavlova aku buat lagi cantik!!" hehhehe..memang betul..pavlova ni simple jer..ada stoberry jer..i tengok u ols punyer pavlova lagi cantik2..ada kiwi lah, grapes lah..hurmmm..tapi itu sebab u ols buat sendiri, ikut cita rasa sendiri..sebab i tak buat sendiri, kena laa redho ikut citarasa Delicious.



gambar i cilok dari belog adik yiyin saje..sebab over excited dapat jumpa pavlova setelah berbulan lamanya mengidam, terus terkam jer!!tak sempat dah nak amek pictures segala..



jadi, ape pendapat saya tentang pavlova yang dikejar2 ni??



bese2 aje..bahagian bawah yang korang panggil meringue tu macam rasa gula hangus ek??but its crunchy!!betul ke rasa dia macam tu??ke Delicious ni yang buat tak jadik??hohoho..suka hati aku jer cakap dia buat tak jadik..padahal buat sendiri pun tak penah..lalalalalala..melampau tak kalau i kata i lagi suka kek batik daripada pavlova yang harganya RM13.60 (including tax) boleh dapat 3kg kek batik??kikiki..kalau i compare pavlova ini dengan Choc Indulgence SR, dah tentu2 pavlova ini kalah 1-6!!kahkahkah...<< marah laki aku kalau dia baca 1-6 nihh!!=P


jadi i bagi 2 bintang ajer kepada pavlova ini..rasa dia manis yang pastinya..tapi tak semanis macaroons..walaupun Choc Indulgence adalah manis jugak, tapi i tetap akan pilih Choc Indulgence over pavlova ni..eh..sebenarnya i masih ragu2 pavlova memang rasa macam ini (tak de lah best sangat) atau pun pavlova kat Delicious ni yang tak sedap??ape pendapat anda wahai ratu2 pavlova??


akhirnya i dah dapat makan macaroons..


ngehngehngeh..bunyinyer sungguh jakun kan??

lama benar dah teringin nak rasa macaroons tu..
comey betul rupa dia,colourful, geram mata ni tengok..kalau ikut rasa tergoda dengan warna2 ceria macaroons ni, memang boleh beli every colours yang ada jual tu..


varieties of deserts..semuanya looks yummy2..top row are the macaroons..middle row are variety of tartlets and the bottom row are yogurts..owhh so fatty fatty!!



before this sumer orang kata macaroons ni manis..walaupun i memang tak berapa suka sangat makanan manis tapi tetap gak nak rasa sendiri degree of sweetness..
and turns out, MEMANG MANIS gilerr!!
seb baik i tak ikut idea giler hubby yang suh beli setiap kaler (hubby i yang tak minat sangat deserts pun tergoda tengok the colours of the macaroons)..kalau tak, konfem sudahnya dalam tong sampah jer kot..beli 2 bijik makan bertiga..ok lah tu..jadi laa nak rasa..pasni kalau dapat free pun, tak tentu lagi akan ku makan ke tidak macaroons itu..huhu..Manis yang amat..

sape2 yang tak pernah makan lagi, nak try dengan lidah sendiri kemanisan macaroons tu, boleh gi Isetan Food market kat KLCC..harga dia rm3.60 each untuk 1-5 bijik..lagi banyak beli, lagi murah..cheapest macaroons yang i pernah jumpa so far..tempat lain sume harga rm5 each..

ni dia 2 ketul macaroons yang i beli semalam..satu raspberry (pink), satu pistachio(hijau)..kalau orang yang tak suka manis, nak jugak rasa macarons ni, i suggest beli Pistachio..kurang laa sikit kemanisan dia compared to raspberry..next mahu cari pavlova pulak..semalam tu usha gak pavlova tapi x jumpa pun..sape tahu kat mane ada jual??i takmo laa yang kena beli sebijik harga rm100++ tu..nak buat sendiri, macam entah bila laa akan berhasil pavlova dek tangan keras tak reti masak nih..atau mungkin ada sesape yang sudi jemput i datang rumah bila u all buat???hihi..

daaaaaaaaaaaa...


Iftar Ramadhan week 1

Assalamualaikum...




i ni kunun2 jer lah sebelum start Ramadhan tu bercita2 nak masak everyday for lovely family..tapi hasilnyer, hampehss..sehingga semalam 8 Ramadhan, baru 2 hari jer yang i berjaya masak..




dimulakan dengan 1st Ramadhan we went to my brother-in-law's house in Bukit Indah, Ampang for iftar..just the four of us plus 2 lil heroes..pergi rumah dorang lepas balik keje, konfem2 laa i sampai untuk berbuka jer..takdenye nak sempat masak ke hape..huhu..




second day, berjaya masak kat rumah..menunya : ayam masak sweet sour & udang goreng tomyam tah pape..resepi belasah jer sebab nak buat butterprawn sebenarnya..tapi lupa nak beli breadcrumbs..hihi..yang penting hubbyku makan hasil air tangan isteri..rite??=)




3rd Ramadhan balik rumah MIL..emergency sebenarnya..sbb hubby sakit pinggang..nak balik urut ngan papa..tak kan laa lepas berbuka baru nak balik ke Meru sana tu kan??so, terus balik dan berbuka kat sana sajo..selamatlah lemak2 dibadan i daripada digunakan untuk melakukan aktiviti memasak pada hari itu..




4th Ramadhan gatai pulak en.hubby nak ajak pergi bukak puasa kat luar..off we went to Alamanda..ingat JM Bariani ada buffet, tp takde upenyer..dan pilihan sungguh tak tepat ok hari tu..JM Bariani, Alamanda punyer performance pada bulan puasa is macam hampeh!!just imagine, we reserved, ordered and made payment at 5.30pm..pastu gi laa round Alamanda sementara tunggu nak berbuka..kul 7.20pm, we all pergi sana, air belum sampai..makanan pulak hanya sampai selepas habes 2 slice cake Secret Recipe!!aroung 7.50pm camtu..GRRRRRR!!
tu kira ok lagi drpada orang yang tunggu nak order, tapi sebenarnya dia dah tak amek order masa tu..fheww!!if i was in their shoes, ada kot pergi report kat Manager dia ari tu..




sabar..sabar..seb baik bulan puasa..




5th Ramadhan is the 2nd day i berjaya masak..simple2 jer pun menu nya..sotong sambal ngan ayam goreng madu..jadi laa kan??makan berdua jer pun..asal ada makanan sudahhh!!yang bestnya, walau masak simple tapi hubby tetap makan bertambah2..i like lahh hubbyy!!




6th Ramadhan iftar beramai2 at MIL's house..SIL masak gak ikan pari bakar bawak balik umah MIL..i bawak balik kuih dari bazar ramadhan sudah..=) dasar menantu pemalas, gitu laa..




7th Ramadhan we went for iftar with my lovely girlfriends, Kak Mimi n Kak Dayah also Rizal..berbuka kat Kenny Rogers, KLCC..convention centre yer kawan2..kalau u all cari Kenny Rogers kat KLCC itself, memang tak de!!saje gi convention centre..orang tak ramai sangat..surau pun besar..bersih..selesa..=)






pasangan yang bakal kawen end of this year..uuuwww..cant waitt!! ^U^


pasangan sudah kawen..




pasangan tak leh kawen.. @_@




us..with the foods.
.


and little prince..muka kunun pasrah..padahal dok tengah melasak..snap pic tengok kamera jap, sambung melasak lagi..




since hubby tak puas hati tak dapat makan Chilli's on Sunday tu, semalam 8th Ramadhan we went to Chilli's pulak!!ngeee...me tak yah masak, memang on jer lah!!




menu of the day!! Rafique masak ashamm..;-D ANYONE???






My honey crispy chispotle chicken..yumsy!!all time favourite..




ni free menu for Rafique..=) my milk booster perhaps.
.




owhhh..just love this two molats!!muahhhhh...




hari ni nak gi pasar..nak masak..korang doakan laah i berjaya meneruskan misi tu..harap tak kecundang lagi..


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

petua2 ketika membuat apam polkadots feeling2 comel..

assalamualaikum..

selamat pagi 2 Ramadhan..di pagi hari bulan puasa i nak tayang pics makanan dulu..kasik cabar sket keimanan korang..hahaha..#gelak setan laknatullah (bukan i)

ni adalah apam polkadots yang i buat last weekend..



resepi nak buat ni mak mertua i yang kasik..atau lebih tepat lagi, dia yang buat, i tolong2 jer..#dasar menantu keras tangan.. dia gi belajar ngan sape ntah..tp cam malas nak menaip resepi kat sini, nanti google2 jer lah ey..ramai dah kot post pasal apam polkadots ni..i je ketinggalan zaman sket..cuma, i nak kasik petua2 untuk buat mende alah ni.

  1. kena make sure sume perkakasan termasuk mangkuk, hand mixer etc etc sumer kering. lap kering2..takde air langsung..kalau tak u all punyer apam polkadots feeling2 comel ni tak naik..
  2. masa nak angkat penutup pengukus tu pun kena cepat2, tak leh angkat nak jengah dulu dalam bagai..nanti air from cover pengukus tu drop atas apam polkadot, teru jadik huduh apam polkadots comey u all tu..nak ke apam polkadots comey berubah wajah??hihihi..
  3. let's say u all dah buat satu adunan kan..pastu tetibe, tak cukup..nak kena tambah lagi bancuh 2-3 adunan. sila basuh sumer perkakas yang dah digunakan tu dulu dan keringkan seperti tips pertama tadi..sebab kalau korang tak basuh, tak jadik jugak apam polkadot comey ni..pembersih okkayyy apam polkadots comey ni!!

rasa macam ada lagi petua nya, tapi 3 ni jer i sempat masuk dalam ingatan..len kali kalau teringat i re-publish with the edited infos ok..



to mr hubby,

& thank you sebab tolong I blender bawang..(*_^)

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....



foooodddssss!!!


this penang trip was all about foods actually..memandangkan hubby got seminar on Monday & Tuesday..Ahad pulak cermin kete dah kena pecah, maka memang xde jalan ke mane2 la..just lepak kat hotel..mari lihat some of the foods i managed to snap..lain memang tak sempat..bizi melayan Rafique Zaquan..

pekena Nasi Kandaq Subaidah kat Gurney Drive as soon before cermin kete kena pecah..

ni hubby punyer..

this is mine..except for that egg..hubby suh letak bagi nampak meriah biler amek gambo..motip??suka hati la..layan kan jer...yang penting, ayam masak merah sangat best!!tapi sotong goreng tepung tu rasa macam batu goreng tepung..keras!!harap kepala jer banyakk..


minum petang kat one of kedai mamak kat Gurney Drive, just 2-3 minutes walk from Evergreen Laurel hotel..

pasemboq..hubby kata tak best sangat pun..i personally memang bukan penggemar rojak..maka, rojak tak meninggalkan sebarang kesan dalam hidupku..hihihi..

agak kecewa tak dapat cendol..maka ais kacang pun jadik ler..tu pun x best sangat sebab ais nyer tak kisar halus..

yang ni sangat satisfying!!my all-time-favourite cheese nan with tandoori chicken..nyum nyumm..sodaaapp..



next is Padang Kota Baru..before went here, kitorang dah pusing ke Padang Kota, tapi macam xde ape pun..nampak ada van2 yang jual tepi jalan jer..jual naget, air camtu jer..xde pun nampak mee udang ke..pasemboq ke..cendol ke..i tak puas hati tol tak jumpa cendol sepanjang kat Penang..bukan cendol glamer ke kat Penang???

so, here's the mabeles mee udang..ada 5-6 ekoq udang besaq2 dalam tu..harga RM7 sepinggan..agak mahal tapi memandangkan rasa dia bley tahan, maka lupakan pasal harga..

yang tak boleh lupa, ialah udang n kepala sotong celup tepung barang secebis dua (dalam pinggan putih tu, nampak tak???) berharga RM 11!!!terkejut sat cheq..kalau mahal, tapi sedap x kesah laa kan..tapi again mengecewakan seperti kat Nasi Kandaq tadi jugak...tapi yang ni bukan batu goreng tepung, span goreng tepung pulak..liat!! dua kali hampehh..

orang kata Penang punyer sotong and udang goreng tepung mabeles..tapi i asyek kena camtu jer..frust tau!!ke nak kena gi makan kat hotel or restoran yang eksklusif baru dapat yang best??haiyaaa..itu macam, i makan kat KL jer la..maka, kesimpulan untuk udang n sotong goreng tepung, I WANT TO GO TO TERENGGANU!!!

buruk haih muka nih..pucat lesi..seb baik mee udang sedap..dah laa dapat udang double..hubby ku tak suka udang..dia makan 2 ekoq, lain cheq yang kebaih..betul ka slang cheq ni???=D

tu jer laa..citer makan yang bergambo..yang lain, bekfes kat hotel kelam kabut ngan Rafique yang sibuk nak capai itu ini, memang xde makna nak snap pic bagai..yang penting bekfes kat Evergreen Laurel hotel, memang best!!varieties..dari nasi lemak, sampai laa roti canai, siap ada sushi lagikk!!tapi i tak makan la..hihihi..

daaaaaaaaaaaaaaaaa..

molten chocolate cake vs chocolate volcano

dua benda yang nama berbeza, rupa hampir sama, tapi rasa yang berbeza..

Molten Chocolate Cake by Chillis, RM 19.90 yang sangat sedap..perfect texture cake.chocolate yang padat..oh-so-yummy!!best wooo..

Chocolate Volcano yang indah rupa dari rasa..

semalam first time makan Choc Volcano kat Pizza..harga sangat murah laa kan..RM 7.90 sebab add-on..kalau ala-carte pun baru RM9.90 tapi rasa tak menggembirakan sangat sampai tahap TERPAKSA dihabeskan..sedangkan molten chocolate yang saiz 2kali ganda tu x perlu dipaksa, laju jer habes tanpa banyak bising..


dengan erti kata lain, tak mo dah makan chocolate volcano pas neh..penggemar kek coklat mesti menyesal kalau makan..walaupun murah tetap tak berbaloi..hihihi..jadi, kalau nak nikmati hidangan penuh rasa coklat, i sangat syorkan molten chocolate cake kat Chillis..

sekian..

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

5 months birthday celebration

good monday morning peoples!!!

memandangkan jumaat lepas birthday Rafique yang ke 5 bulan, tapi ayah kena pergi tangkap pencuri (hoh, macam bapak polisi dah pulak hubby i) maka x sempat celebrate pada hari Jumaat, Sabtu baru berpeluang celebrate..

this time my hubby choosed to celebrate it at Chilli's, Mid Valley..=)

here it goes the choc volcano as Rafique's birthday cake!!

yang tukang makan ibu ngan ayah laa..Rafique geram macam nak terkam tengok cake tu..cian anak ibu x ley makan..sabo yer sayang..tunggu lah 3-4 bulan lagi..kasik perut kuat sket..pastu nanti kita ajak lagi ayah makan choc larva ni okkk??


where's my food ibu???


posing2 dulu sebelum mula "menjamah" cake..;-D
spotted : tangan Rafique dah masuk lam pinggan..orang sibuk amek gambar, dia sibuk terkam kek..


gambar makan2 lain xder..sebab ibu ngan ayah Rafique tengah kelaparan tahap 5 bintang..settle choc larva nih, disambung ngan our main dishes..hasilnyer x larat nak berjalan dah..seb baik stroller Rafique tu kecik..dan ibu Rafique ni pulak x cukup kecik..kalau x, konpem i dok dalam stroller, Rafique yang tolak..=)


punyer laa peramah nyer my prince charming ni hari tu..mentang2 laah birthday dia..habes sumer orang dia nak tegur..dari mat salleh sampai ke bangla!!orang hulur tangan nak dokong dia (sambil berdiri), terus dia hulur tangan gakk..bahaya bahaya..kalau kena culik, sape nak bayar wang tebusan???haiyyoooo...


last but not least, cayanggg ibu sebab celebratekan birthday Rafique..


daaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

ada sesape boleh tolong???

rasa macam nak niiii....



ada sesape boleh tolong belanja x??

=D

=D

=D

J.Pops baby donuts

bukan donat sebarang donat,
donat datang dari J.Co,
bukan sedap sebarang sedap,
sedap siap ngan topping n fillings!!

ewaahhh..siap pantun okkkk..

tadi pergi Jusco Cheras Selatan akibat Kak Dayah,my opismet kepinginkan donat J.Co..

dan tiba2...



J.Co pun dah ade donat kecik2 comey macam Donashi from Big Apple tuh tapi malangnye Donashi tu x best pun berbanding donat Big Apple yang biasa.eh, betul ke benda ni baru lagi??ke i yang lama x beli J.Co??? so, ape kata kita cuba baby donat from J.Co ni pulak???

kelihatannya sungguh cantik menarik kau memang debomm!!
dasar pompuan, memang x ley tengok mende cantik, sume ko nak beli.

rupa sangat memuaskan..rasanya macam mana pulak??

huuuuu..GEMMBIRRAANYAAA!!!
SEDAAPPPPP!!!sehingga menjilat jari..
as fluffy as their big doughnut..
SERONOK!!

dalamnya ada fillings lagi..
ok.kantoi baca blog Hanis Zalikha kat opis..


YUMMY!!
refer to donat ye, bukan blog Hanis Zalikha.tapi kadang2 blog Hanis Zalikha pun yummy jugak sebab selalu buat i terliur tengok masakan ibu gojes beliau.


tadi, i share aje ngan Kak Dayah sebab KONONnya macam banyak sangat 24 biji/box tu..mintak extra box kat J.Co x dapat.balik opis kelam kabut cari bekas nak divide sebab senang nak bawak balik kalau x abes..sekaliiiiiiiii x sempat pun nak bawak balik, time dok taip entry ni, dah tinggal sebijik jer..11 bijik lagi dah selamat masuk dalam perut..pastu still lagi nak tanya nape perut ni buncit n x kempis2..boleh???


harga dia RM18 per box termasuk govt.tax =D

24th birthday celebration at Fullhouse

hullaa!!
good morning peoples..

hari ini mahu story mory basi about my 24th birthday celebration last week..xde la celebration mana pun sebenarnye..just with my hubby and my in-laws..how i wish my parents and siblings was there too..hukhuk..

and it took place at Fullhouse, Sunway Pyramid..=)
dah lama teringin nak makan kat sini sebenarnya..tengok deco dia dari luar, cantik bukan main kan..so, thanks a lot to my beloved hubby yang mengabulkan cita2 isteri tercintanya ini..


ape2 pun, posing dulu..this is the first time ever dalam sejarah Rafique, dia x tido time outing..selalunyer, asal jalan jer, tido..balik umah terus terang benderang bijik mata dia..hihihi..

Rafique nak celebrate birthday ibu yer sayang??

birthday kiss from him..=)

here are the cakes..tamak okk..kalau beli kek besar, 1 perasa jer..ni nak rasa banyak jenis kan, beli kecik2 punyer laa..konon 6 pieces sebab ada 6 orang..padahal, 4 out of 6, birthday girl yang telan!!!orang lepas pantang ler katakan, layankan jer laa..anyway, i supposed to pantang telur sampai 100days..but seriously can't resist cakes..especially on my own birthday..what to do??

this is my dish..nama ape entah..yang penting chicken chop laa..sos dia sangat best.siap mintak tambah sampai 3 kali..berbaloi2 u all bayar service charge 15%!!hahhaha..

ini pulak hubby punyer..black pepper chicken chop..jangan ingat kat sini xde makanan lain plak yer..refer tu previous entry, point no 16.=)

and the last one, blueberry cheese cake..woohhoott!!yummy!!agak2 bape kg laa berat naik setelah menelan semua ini ek??


thanks to mr.sponsor for this nice treat!!motif utama pic ni adalah untuk tunjuk spoon comel kat dalam gelas tu..nampak x??i rasa cam nak cilok, masukkan lam handbag, wat balik..

dan sebagai penutup cerita, terimalah encik mata bolat yang dah mula pandai tengok kamera!!


pics banyak lagi, kalo sudi, jengah my facebook laa yer..x larat nak upload kat sini banyak2..

in summary, sangat berpuas hati makan di Fullhouse.
Service : 5 stars
Food : 4 stars
Interior : 5 stars
Price : Intermediate..RM 15-RM20++ per main course, cakes and tartlets yang comel2 tu, 6 pieces rm 15 kalo x silap..

ok..that's all my review about Fullhouse..sila la serang Fullhouse ye..walaupun, namanye fullhouse, tapi x full kot..don't worry..

harap2 ada yang sudi bawak i lagi lepas ni..=)

daaaaaaaaaaaaa...


sajian enak @ Mantra, Sunway Pyramid

ini aktiviti semalam, bersamaan Ahad 25 Julai 2010...

hubby's family get-to-gather..gathering laa kunun..tapi macam x sampai hati nak sebut gathering sebab tiap2 minggu pun jumpa sebenarnya..the difference is this time his younger brother yang baru 2 bulan keje belanja!!hehhe..maceh adik iparku..

so, mari kita lihat apa yang telah masuk ke perut moncet ku ini..

TARRRRRAAAAAAAAAAAAA!!!
here are some of the dishes..

ini yang paling buat i tergoda..hape ntah nama dia..canggih sangat..x kesah laa kan ape nama pun..janji sodap dimakan!!

itu dia wajah2 kegirangan menunggu makanan sampai disertai aura2 x sabar nak melahap..orang yang telah kopak di"cekik" kami ialah orang yang sedang berdiri mendukung anak buahnya kat belakang sekali tu..hihihi..

lepas makan, jalan2 tanpa arah tuju meronda Sunway Pyramid yang every one of us sudah hafal segenap ceruknya itu..nak shopping pun, pepaham jer laa..warga private cam i x masuk gaji lagi..maka window shopping ajer laa..kalo "door shopping" kang, lain pulak jadinyer!!kalau dah zass mata terpandang, hati terpikat campur ngan sale lagik, sungguh MENCABARRR KEIMANAN yer puan2!!

second round of makan was at J.Co Donuts pulak..xde pic pun..sebab macam malas nak snap2..actually just nak lepak jer..so, duduk, beli donat 1 kotak, air 3 cups..lepak2..borak2..sambil melayan si kenit bernama Danish Harraz itu..

next station is Archery Center ni..at first nak pergi main bowling, tapi ramai sangat orang..full giler..x kuasa laa pulak nak tunggu turn lama2 kan..so they decided to try archery..i x main pun..yang lelaki berbaju maroon tu is my brother-in-law with my hubby next to him and my sister-in-law..nampak cam menarik jugak mende ni..i thought pemanah tu ringan jer tapi berat jugak upenyer..maybe next time jer laa i bawak my prince charming try memanah ni..

last but not least...

mak buyung mencapap ketika prince charming berusia 31 minggu 2 hari di dalam perut moncetku..peace..

and..i still feel a bit guilt sebab lambat wish happy birthday to my beloved abah who celebrate his birthday on the 24th July..FIRST TIME ni i lambat wish to him..i mati2 ingat 24th July is on Sunday..haiyyyaa...tengah hari semalam masa on the way to Sunway Pyramid baru call to wish him..

HAPPY BIRTHDAY ABAH..
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki sebab anakmu ini x mampu nak curah rezeki untukmu dan bahagia selalu..amin..
hadiah tu postpone masa convo nanti lah yer..=D