Tampilkan postingan dengan label recipe. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label recipe. Tampilkan semua postingan

puding peach hasil keras-tangan saya

heyya!!

instead of takde bakat atau malas (whichever u feels like calling it) membaking dan memasak, i suka buat puding..walaupun takde laa pandai sangat2, sekurang2nya puding yang i buat konfem akan jadi dan konfem akan habis!!jadi, i memang suka lah kalau i buat something dan orang makan sampai habes licin..by the way, who donts kan??=P


hari sabtu yang lepas, i buat puding peach ini..first time sebenarnya buat puding peach..i buat puding dan letak dalam bekas comel2 macam ni, untuk dijadikan hantaran sempena majlis merisik adik ipar i..


ok tak rupa puding peach i ni?? walaupun namanya puding peach, tapi ada cherry jugak kat atas tu sebab hubby kata kena letak jugak cherry, baru menyerlah warnanya!!jadi isteri mithali kena laa jugak ikut cakap suami even tak setuju sangat..belasahhhh jer laa labu..


lepas dah buat, kita wrapped dia dengan plastic supaya tak tercemar dengan bacteria2 yang berterbangan di udara masa kita nak bawak gi umah "bunga" yang hendak dirisik yer puan2..;-) i feel sooo funny when my uncle say the word "bunga" untuk bahasakan diri orang yang kami nak risik tu..sebab dah terang2 we all sumer memang kenal dengan beliau..still nak ber"bunga" bagai..hohoho..lain laa kalau tak tahu nama..hihi..memang sopan santun habes!!LOL!!


side view dia macam ni lah..sebelum masukkan layer bawah tu, i potong peach kecik2 letak dalam mangkuk comel tu..then, ikat reben sket dikaki mangkuk..kan namanya hantaran, kena lah disediakan cantik2..puding yang tak berapa enak, terus nampak yummylicious..kikiki..


eh..eh..puding tu enak tau!!resepi i google2 jer..tapi lupa lak kat mana sourcenye..boleh lah cuba kalau u all nak..sini i kasik resepi yang i guna tu..and i alter sesedap hati..;-)

bahan2 nya:

  1. sepeket agar2
  2. telur sebijik riuh sekampung
  3. buah peach
  4. gula
  5. susu cair
  6. pewarna
  7. tepung custard
steps:
  1. masak sepeket agar2 dengan 600ml air, 400 ml susu cair dan 250gm gula. bring to boil. >> i letak gula sket jer sebab i masukkan peach syrup tu skali..susu cair i ganti ngan fresh milk pasal itu jer yang ada dalam peti..jangan letak EBM pulak.karang tak pasal korang dapat anak susuan..hihihi
  2. asingkan 1/5 dari bahan kat atas ni dalam bekas lain. masukkan beberapa titik pewarna yang korang nak warna ape.. >> i guna warna hijau..nak merah, boleh letak sirap.kalau korang nak banyak layer, pandai2 laa bajet sendiri berapa banyak yang korang nak asingkan tu..
  3. pukul sebijik telur dengan 2 sudu tepung custard dan 10ml air. >> tapi i tak pakai telur pun sebab kebetulan pulak telur takde dalam peti ais..tepung custard tu i lebihkan sket bagi menaikkan lagi seri warna kuning tu..
  4. masukkan bahan kat no.3 ke dalam 4/5 bancuhan agar2 tadi tu..bring them to boil.
  5. potong buah peach kecik..letakkan laa kat dalam mangkuk tu.. >> step ni i tambah sendiri.resepi yang i amek tu tak ajar pun..kalau korang tak nak letak pun boleh..tapi kalau letak baru laah ada feel makan puding boleh gigit2 peach cuts tu..
  6. tuangkan bancuhan custard td..
  7. tuangkan lah layer atas tu ikut suka hati korang nak buat berapa warna.

dah siapppp!!!masukkan dalam peti ais kerana puding sememangnya enak dimakan sejuk2..nyumnyum..next time buat, i rasa i tak nak dah campur agar2 kat custard tu..kurang feel laa texture dia..anyway, it still depends on your preference...


bila dah tengok puding2 comel jer letak dalam bekas camni, rasa macam nak wat bisnes jual puding dalam bekas comel jer..ada ke orang nak beli ek??maybe boleh buat untuk hantaran, deserts untuk majlis kawen or birthday party pun macam comel jer..boleh kumpul duit buat beli CD untuk Rafique lagi..hihihi..i tau laa u ols pun pandai wat puding gak..tapi kan kalau nak buat majlis2 tu sume, mesti tak sempat nak buat sendiri sume sekali..haaaa..that's when i come into picture!!LOL..kalau nak tempah contact laa i..HAHAHA..

daaaaaaaaaaaaa...

petua2 ketika membuat apam polkadots feeling2 comel..

assalamualaikum..

selamat pagi 2 Ramadhan..di pagi hari bulan puasa i nak tayang pics makanan dulu..kasik cabar sket keimanan korang..hahaha..#gelak setan laknatullah (bukan i)

ni adalah apam polkadots yang i buat last weekend..



resepi nak buat ni mak mertua i yang kasik..atau lebih tepat lagi, dia yang buat, i tolong2 jer..#dasar menantu keras tangan.. dia gi belajar ngan sape ntah..tp cam malas nak menaip resepi kat sini, nanti google2 jer lah ey..ramai dah kot post pasal apam polkadots ni..i je ketinggalan zaman sket..cuma, i nak kasik petua2 untuk buat mende alah ni.

  1. kena make sure sume perkakasan termasuk mangkuk, hand mixer etc etc sumer kering. lap kering2..takde air langsung..kalau tak u all punyer apam polkadots feeling2 comel ni tak naik..
  2. masa nak angkat penutup pengukus tu pun kena cepat2, tak leh angkat nak jengah dulu dalam bagai..nanti air from cover pengukus tu drop atas apam polkadot, teru jadik huduh apam polkadots comey u all tu..nak ke apam polkadots comey berubah wajah??hihihi..
  3. let's say u all dah buat satu adunan kan..pastu tetibe, tak cukup..nak kena tambah lagi bancuh 2-3 adunan. sila basuh sumer perkakas yang dah digunakan tu dulu dan keringkan seperti tips pertama tadi..sebab kalau korang tak basuh, tak jadik jugak apam polkadot comey ni..pembersih okkayyy apam polkadots comey ni!!

rasa macam ada lagi petua nya, tapi 3 ni jer i sempat masuk dalam ingatan..len kali kalau teringat i re-publish with the edited infos ok..



to mr hubby,

& thank you sebab tolong I blender bawang..(*_^)

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA....



resipi bubur kacang..sonang ajo!!

good morning peeps..

pagi2 ini mahu cerita pasal makanan..

mahu story mory about my first attempt preparing Bubur Kacang Hijau!!At the age of 23 years 9 months old, baru berjaya buat bubur kacang hijau??sungguh x hebat lagi pemalas yer ko Deena!!x pe laa..better late than never right??

bubur kacang hijau ni actually one of my favourite dish during bulan Ramadhan selain daripada murtabak and kuih tepung pelita..selama ni i beli jer..or paksa mama buatkan..hehhehe..tapi memandangkan orang yang nak dipaksa tu jauh nun di sana n yang dibeli asyek x memuaskan tekak ni telebih manis laa, tawar laa, cair laa..ada jer yang x kena..i pun terfikir untuk buat sendiri..lagipun, kot2 laa one day my prince charming teringin nak makan bubur kacang hijau, xde laa i terkial2 nak buat masa tu..jatuh ler standard i sebagai isteri dan ibu mithali!!!

tambah lagi, my colleagues sumer cakap sonang ajo nak buek bubur kacang ni..then, why not to give a try kan?? =)

so, bagi mereka2 yang jugak x penah try buat bubur kacang seperti i, these are the ingredients:
  • kacang hijau
  • santan
  • gula merah
  • daun pandan

cara2nya??

rebus kacang hijau sampai kembang..sampai kacang dah pecah2 dan mengeluarkan bau..then masukkan santan dan gula merah secukup rasa & warna..bila dah boil, masukkan beberapa helai daun pandan..hurrmm..harum semerbak bau dia!!

yayyy!!dah siap!!


boleh dimakan panas2 atau ketika sejuk..of your choice.no problem punyerr!!

kesimpulan dari percubaan pertama ni : 4 stars laa i kasik kat diri sendiri..boleh ekk sendiri masak, sendiri kasik star?? tang rasa, i dah puas hati..manis2 buah giteww!! kalau manis sangat, dapat diabetes pulak nanti!!

cuma kurang puas hati sebab warna dia terlalu gelap..coz gula merah yang i pakai tu x berapa manis..so, banyak laa kena letak..

lepas dah jadi camtu, baru cepat2 tepon mama..rupa2 nyer boleh jer tambah gula pasir kalau gula merah tu x cukup manis..so that, kaler dia xde laa gelap sangat.. hurmmm..begitulaa kisahnyer..

anyway, not that bad for the first try i think..=)

resepi tepung pelita


kamu kenal ini kuih ape????


hehehe..over laa kan i ni..kalau dah namanya rakyat Malaysia yang majmuk..jangan kata orang melayu, cina and india pun sama jer menelan ape jer makanan yang dijual di atas muka bumi Malaysia ni..1 Malaysia laa katakan..eh.apa i merepek ni??

ok..petang2 ni nak cerita tentang our favourite kuih traditional..Kuih tepung pelita..atau ada jugak yang panggil kuih sampan..


i sangat suka kuih tepung pelita sejak dari kecik lagi..yang dalam daun pisang is preferable..sebab aromanya lebih umpphh gitu!!

tapi masa kecik2 dulu, macam susah kott nak jumpa kuih ni..so, kalau tiap kali balik kampung, mama akan mintak nenek i buatkan untuk i..pastu siap tapau bawak balik lagik..

dah ler tu, sekali makan bukan reti makan 1..main telan 3-4 terus..ish3..pompuan mane laa buruk lantak dari kecik nih???tup tup..dapat hubby pun penggemar kuih tepung pelita ni..memang kena sangat laahh!!

tapi sekarang ni, i tengok merata laa pasar malam apetah lagi bazar ramadhan yang ada jual kuih ni..bezanya sedap ngan tak jer laa..

tadi, i usha2 resepi untuk buat kuih tepung pelita ni..kot2 laa datang aura rajin nak buat kan..tapi bukan hari ni laa..sebab kejap lagi mahu pulang ke rumah MIL..berbuka di sana bersama keluarga hubby..so, disebabkan i dah tahu satu tempat yang jual kuih tepung pelita kat Meru tu, kesian la pulak akak tu kalau i x gi beli kan..dah kurang RM4 hasil jualan dia hari ni..banyak ler ko punyer alasan Dina!!

oh, berbalik pada resepi kuih tepung pelita..i tengok senang jer rupanya nak buat kuih tepung pelita ni..and resepi ni pulak i dapat dari blog seorang bakal doctor yang comel..oooo..harus dicuba ni..sila laa jenguk blog beliau, kalau nak resepi tepung pelita versi perantau katanya..sebab dia di kejauhan (Moscow), dia cuma pakai pandan paste..tapi sebab i kat Malaysia tercinta yang banyak daun pandan, boleh laa pakai daun pandan nanti..

insyaallah..dalam masa terdekat i nak jugak try buat..boleh hantar balik pinggan2 jiran tetangga yang rajin bagi juadah berbuka untuk i n hubby..hihihi..;-)

kalau ada sesape yang cuba buat tepung pelita ni pun, silalah jangan segan2 untuk hantar ke teratak buruk i yer..

daaaa..

mee hailam jugakkk namanyer!!

semalam i macam terasa nak cuba masak sesuatu yang i x pernah masak..yang i expert masak hanya ayam goreng jerr..yang lain sumer masih bertatih lagi..maklum ler baru mula pegang senduk, kuali etc ni 9 bulan yang lepas...hehehe..

mula2 tu ingat nak buat mee kari..sebab mama i terer buat mee kari ,kot2 ler bakat mee kari tu mengalir dalam diri i ker..sape tau kan?? huhuhu.. tapi bila tanye mr.hubby, dia request mee hailam laa pulakk..ok laa..tanda cintaku padamu, ku gagahi juga..

original recipe is from here..i pilih resepi ni sebab 4.5 stars..so, mesti sedap ni kann..tapi i dah modified sket la mengikut kewujudan bahan2 kat rumah i dan kesesuaian keadaan semasa..hihihi..

so, here is my modified version of mee hailam's recipe...

bahan-bahannya??

  • 400 g mee kuning (di celur)
  • daun bawang dihiris halus
  • bawang goreng
  • minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5-6 tangkai cili padi
  • sos tiram
  • kicap kipas udang lemak manis
  • 1 kiub sup bunjut Knorr
  • cauliflower & cabbage
  • carrot
  • fishballs
  • ayam yang dipotong kecil
  • 1 sudu tepung custard yang dibancuh dengan sedikit air (sebab rumah i xde tepung jagung)

cara2 nak masak??

  1. panaskan minyak..
  2. tumis bawang2, halia & cili padi yang telah di blend sehingga bau wangi2 giteww..
  3. masukkan ayam & fishballs lalu digoreng hingga separuh masak..
  4. masukkan sos tiram & kicap..gaulkan hingga sebati semuanya..
  5. tambah 3 cawan air kedalam masakan..kalau nak banyak kuah, banyak lagi laa air..
  6. bila kuah dah menggelegak,masukkan sayur2an dan tepung custard yang dah dibancuh..
  7. tambah kicap hingga warna hitam mencapai kepekatan yang diingini..
  8. masukkan mee ke dalam pinggan atau mangkuk..sendukkan kuah dan tabur daun bawang serta bawang goreng ke atas hidangan anda..

and now....

*

*

*

*

*

*

MEE HAILAM DAH SIAP!!!!

notes :
  • i pakai agak banyak kicap sebab tepung custard menyebabkan kuah dia jadi kekuningan..so, untuk kembalikan kehitaman, letak kicap & sos tiram agak banyak..=)
  • gula, garam & ajinomoto langsung tak ditambah sebagai perasa tambahan untuk masak ni..i rasa2 je dah sedap..cukup rasa..maybe sebab kicap tu dah bagi rasa masin & manis..
  • black pepper juga x digunakan sebab cili padi tu dah cukup pedas rasanyer..lagi pun, we both x tahan sangat makan pedas..hehehhe..
  • hidangan ni sesuai untuk 2+1 orang makan..2 orang yang dah dilahirkan plus 1 orang yang masih dalam perut..huhu..i masak semalam, memang ngam2 jer untuk we ols..x lebih, x kurang..
kesimpulan dari sini..walaupun pakai tepung custard, bukan tepung jagung seperti yang ditulis dalam mana2 resepi untuk buat mee hailam..hasilnyer..akan tetap jadik mee hailam jugakk!!!hihihi..;-)

* * * * * * * * * * * * * *

komen dari hubby i???

kalau u masak lagi esok, jadi camni lagi x rasa mee hailam ni???

hehehhe..my hubby is always understand me more than others..dia tau sangat yang wife dia ni masak main aci dan jerr..walaupun masak masakan yang sama, ari ni masak lain, minggu depan masak, jadi lain dahhh..hikhikhik..tapi hubby tetap akan menelan sumernyer sehingga abes licin!!love u laa hubby!!
he is the biggest fan of my dishes..lalalalala..


resepi: trifle

oleh kerana mood adalah ditahap yang sangat memberangsangkan pada hari ni, so, i ada mood untuk berbelog di tengah hari buta ini..walaupun trifle yang i buat baru2 ini adalah kurang berhasil disebabkan ilmu "tercicir" sket, tetapi disebabkan ada juga rakan2 disini yang masih berminat untuk tahu resepi untuk trifle, so i dengan suka citanye nak share jugak laa recipe trifle itu..

bahan2 yang diperlukan:

1 kotak jelly..ada macam2 brand..tapi i guna Nona.kenapa i pakai brand Nona?sebab mama i yang ajar pakai brand ni.if u all allergic ngan brand ni, boleh jugak pakai brand lain..no problemo punyer..cuma, my suggestion for jelly, u all beli yang rasa dia masam2 sket laa macam strawberry or mango..so, dia ada rasa masam2 manis nanti..
1 tin susu cair..x kesah brand ape2 pun..

kek gulung..lagi meriah warna kek gulung tu lagi bagus, lagi cantik la trifle u all tu nanti..kalau u all malas macam i, boleh pergi beli je kek gulung dimana2 bakery yang halal..or kalau mempunyai tenaga berlebihan dan rajin di tahap maksimum, boleh jugak buat sendiri kek gulung tu..definitely no hurt feelings..;-)

buah-buahan dalam tin..ni pun boleh je pakai brand ape2..cuma kalau u all beli yang mahal sket harga dia, usually ada peach, apricot etc..kalau yang murah tu biasanya ada nenas, laici camtu la..so, depends on lidah and bajet masing2 la yer..

bahan2 lain yang diperlukan jugak adalah tepung custard, air, secubit garam dan gula (jika mahu)..resepi i x pakai gula langsung sebab i rasa dah cukup manis2 dari mix fruits, cake and jelly tu..if u all x takut kena kencing manis, then boleh masukkan gula secukup rasa dalam bancuhan custard nanti ye..;-D

OK...now, lets move to the first layer..

first of all, potong kek gulung tadi lebih kurang 1 inch, then susunkan dalam mangkuk seperti pic di bawah ni..dinasihatkan supaya u all pakai mangkuk kaca yang transparent, supaya bila dah siap nanti, u can see the colourful layers from side of the container..=) susun kek gulung tu rapat2 ye..then, basahkan kek gulung tu dengan syrup from mix fruit tu..tapi just the syrup..buah2 nyer simpan dulu...

for the second layer, which is the custard layer yang i buat x jadik the other day..bancuhkan 1 cawan tepung custard, 1 cawan susu cair dan 3 cawan air.kacau sehingga sebati.bila bancuhan dah sebati dah x berketul2 , masukkan campuran tadi ke dalam periuk, dan mula panaskan..kacau bancuhan tersebut.masukkan secubit garam bagi dia rasa lemak skett bak kata tok guru i dan gula jika mahu..then make sure terus mengacau hingga bancuhan custard tadi PEKAT and BOILED!!it will take quite sometimes sehingga tangan menjadi lenguh2 for this mixture untuk menjadi pekat..this is very crucial to make sure u all punyer custard tak jadik macam i punyer..huhu..

once your custard mixture is ready, sejukkan sekejap before dituangkan ke atas cakes layer tadi..after 2-3 minutes, custard layer tu akan memejal wohh, ada ke bahasa "memejal"?? and now u can start decorating your trifle with the mix fruits..or if you have cherries, grapes, strawberries or any fruits inside your fridge, boleh juga cut them into small cubes and letak in your trifles to add the colours and the sweetness..jangan letak durian udah ler!!!

bila dah puas hati dengan layer of the fruits, you can proceed to the final layer of the trifle which is the jelly layer..i was using agar2 instead of jelly before, tapi lepas try guna jelly, i was sooo fell in love with the texture of the jelly..so, for this jelly layer, u all just follow the instruction behind the packaging.very simple.just boil a packet of jelly and water.when the mixture had boiled, pour onto the fruit layer..keep cool in your chiller for about 30 minutes, and now its R.E.A.D.Y!!!

good luck with your trifle people..and jangan lupa post kat i sket bila berjaya!!=)

tatatititutu