sampaikah hatimu meninggalkan ku terkapai2 sendirian????


entry petang semalam i cakap nak citer satu kesah menyayat hati kan?? ok, sekarang i bayar hutang tu..

kesah bermula beberapa bulan lalu..tidak ketahuan apa puncanyer, "tulang pinggang" cik lappy i telah TERKEHEL.

nampak x "tulang pinggang" yang terkeluar tu???shian cik lappy i..berderai2 air hidung i kuar melihat kejadian ini..cik lappy bukan terjatuh sehingga menyebabkan herniation of tulang pinggul sebelah kirinye tu yer..i jaga dia elok2..tapi nak wat cane kan..MALANG TIDAK BERBAU..

bila i tanyer cik lappy, "i antarkan u ke emergency unit hospital berdekatan ey??" cik lappy kata "x nak!! i takut kena inject. i x penah masuk hospital!! and katanyer lagi "x pe...i masih kuat..tulang pinggang sebelah kanan kan masih ada untuk i duduk.."

so, x pe, sebagai tuan yang baik, i akur jer laa ngan kehendak cik lappy yang x mau masuk ward tu..padahal i yang malas nak pi repair.. ;-)

facebook..

blog..

final year dissertation..

reports..

soalan exams...

games..

chatting...

etc...etc..etc..

aktiviti diteruskan seperti biasa..dan i pun nampak cam cik lappy boleh je duduk seperti biasa walau hanya mengharap pada tulang pinggang sebelah kanan sahaja..

hari berganti hari..

minggu berganti bulan...

tiba2...(semalam-10/06/2010)


PRAKKKKK!!!!

cik lappy terlentang!!! i cuba bangunkan dia, tapi dia x mampu jugakkkkk!!! rupa2 nyer tulang pinggang kanannyer plak mengalami dislocation sehingga tulang belakangnya turut affected!!!

itu dia tulang belakang cik lappy yang telah reput.mungkin berlaku kerana cik lappy kurang minum susu sehingga dapat osteoporosis..

this is the side view of tulang belakang cik lappy!!!

OH, NO!!!!sob..sob..itu lah dia..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...

ketika itu, cik lappy memang x mampu duduk sendiri lagi..i yang terpaksa mengampu belakang cik lappy untuk mendudukkan dia...maka amatlah sukar bagi i meneruskan kegiatan harian kalo begitu..lalu...thanks to bekas berpenutup merah berisi raisins yang sanggup menjadi teman seia sekata cik lappy kerana telah bersandar di belakang cik lappy supaya cik lappy boleh terus duduk sementara i bawak cik lappy jumpe doctor, pawang, dukun, tabib or ape2 yang sewaktu dengannya...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

my dear pinky cik lappy,

maafkan aku

bukan maksud diriku untuk menderamu..

tapi masih banyak tuntutan lain yang perlu dilunaskan sebelum aku mampu memberi "adik" kepadamu..

tambahan pulak, aku amat menyayangi & menyanjung jasa baktimu yang dah berjaya kasik aku grad 2 kali..

kalau boleh, aku ingin kita bersama sampai aku berjaya tamatkan phD nanti..

sampai kah hatimu untuk meninggalkan ku terkapai2 sendirian?????

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

ingin tahu kesudahan kisah cik lappy???

kita bertemu lagi di episod akan datang...

tatatititutu