kenapa saya suka co-sleep??

masa awal2 preggy punyer lah berangan nak set-up nursery baik punyer untuk Rafique..konon nak ajar anak jadi independant..sakan i survey themes, furnitures etc..seb baik x sempat buat nurseries bagai. lepas bersalin, dah jadik lain pulak..i love to co-sleep with my baby..and now i don't think i can sleep without Rafique kat sebelah..


sebab apa i choosed to co-sleep???


sebab utama ialah senang nak bf..x payah bangun bila Rafique nanges in the middle of the night..sambil mata pejam, selak baju, sua jer..pandai laa my prince charming mencari..ohh..ini sekarang sejak dah expert bf sambil baring..kalau dulu, kena lah bangun dok bersila sambil bersandar kat kepala katil untuk bf Rafique..tapi still jimat jugak tenaga berbanding kena bangun (berdiri, berjalan) amek baby dari dalam crib/cot..*dasar pemalas*


another benefit yang bukan i cakap tapi dah banyak research lagi pulak kalau kita bagi baby tido in other room n pasang baby monitor, baby perlu betul2 sedar untuk dia menanges lalu mengejutkan his parents yang enak dibuai mimpi..jadi bila dia dah sangat sedar, mestilah take longer time untuk tidurkan balik..compared to bila baby gerak2 sikit terus bagi milk or tepuk2 dia, mesti cepat jer dia dah tido balik...betul x??


the one who mostly benefit from this co-sleeping of coz ler my hubby..Rafique baru gerak2 atau paling hebat pun "ekkk.." sketi dah sumbat ngan "natural pacifier" neh, maka en.hubby tersayang akan mendapat tidur yang sangat berkualiti..untung kan jadi hubby???x payah laa nak bergaduh, bertekak or amek nombor untuk pegi bancuh susu anak tengah2 malam buta..


good news is, rupa2 nya co-sleeping baby (having secure attachment with parents) adalah akan lebih cepat berdikari compared to babies who are insecurely attached..sama jugak macam reason why babywearing becomes soooo famous nowadays..

DANNN...

Co-sleeping jugak dapat mengurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome..


tido pada umur 5 hari..

tido pada umur 4 bulan 3 minggu 6 hari..;-D