factors to consider when buying a stroller

one of the baby item yang me n hubby kerap survey since we got to know that i'm preggy is pushchair sebab we both kaki merayap..asal weekend ada jer program..hehehee..masa baby berat 3-4 kg larat la dokong kan..kalau dah 10kg nak dokong pusing mid valley??mampu??


so, today i nak share few factors yang korang mungkin perlu pertimbangkan sebelum membeli pushchair atau stroller for your baby supaya membeli sesuai dengan keperluan u ols..jangan jadi macam i yang pilih membuta tuli okkk..meh baca ni meh..


saiz >>> ini sangat penting kalau korang yang mempunyai bonet kereta comel macam kereta myvi i..sila check measurement of the stroller setelah dilipat yer..kang x pasal2 kena ikat atas bumbung kete plak stroller tu..tapi kot yer pun bonet kete besar cam u ols yang pakai BMW or Accord, x kan kalau nak gi holiday, bawak stroller je kan??mesti nak kena bawak luggage etc jugak kan?? so, better find jenis yang umbrella fold..



kalo nak carik stroller, make sure stroller tu boleh dilipat jadi kecik cenggini k..senang nak disumbat lam bonet kete..


kebolehan untuk recline >>> ini sangat penting kalau korang nak pakai stroller yang sama dari baby kecik (0 month) sampai laa besar..usually sampai umur bape ek budak nak duduk dalam stroller??2 years??3 years?? ok, tu x penting.yang penting pushchair tu mesti boleh recline sampai 180 degree a.k.a lie flat..sebab newborn baby sampai umur 6 months mana boleh duduk lagi kan..shian pinggang comel anak u ols tu kalau seat pushchair x boleh nak recline abes..nak tido pun x selesa..mak nak shopping punnnn x selesa!!!=D

lifestyle >>> kalau u all jenis yang mengamalkan gaya hidup sihat, suka jogging kat taman etc mungkin korang boleh pilih stroller jenis jogger..3 wheelers..sebab they are more aerodynamic dan mempunyai tayar yang tahan lasak sesuai untuk kegunaan atas uneven surface!! dan korang jugak patut tengok whether it is easy to maneuver or not..





adjustable handle >>> faktor adjustable handle ni terbahagi kepada 2..adjustable dari segi kepanjangan..ini perlu bagi mereka2 yang ketinggian kurang cukup (like me) dan dapat hubby yang tinggi menggalah pulak..like kawen ngan mat saleh ker..so, senanglah hubby u all tu bile nak tolak pushchair..xde la membongkok jer..kalau x, sape yang susah nanti??u ols jugakkk..sebab kena picit dia sakit pinggang..

adjustable handle jugak ditengok dari segi kebolehan handle tu untuk forward facing and rear facing ur baby..baby below 6 months adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih secure bila nampak his mummy and daddy..while those above 6 months adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan dorang x di halang oleh badan gedabak mummy daddy masing2 dan secara x langsung open their mind to accept new things in life..heh..ni bukan i cakap tau. ada researcher dah study pasal ni..

this is what i mean by reversible handle yer kengkawan..handle boleh forward facing or rear facing ur baby..(>__<)


mudah dilipat >>> ini untuk memudahkan korang ler jugak..nak lipat masuk bonet kete ke..nak bawak naik flight masa travel ke..lagi bagus cari yang one hand fold..kot laa kan kalo korang kuar berdua jer ngan baby..mana nak dokong baby lagi, nak lipat or bukak stroller lagi..leceh kan...maka, pilih laa stroller yang mempunyai feature one hand fold yer kengkawan..hurmmm..kalau yang ada boleh lipat pakai remote control or voice control lagiiii bagus!!;-P

berat >>> Again, untuk memudahkan korang yang banyak travel lah..kot nak naik flight ke, bas ke...jenjalan tanpa hubby ke..hurmmm..atau pun lagi perit lagi, korang dok apartment atau condo n kebetulan lif rosak. baby 12 kg, stroller 12 kg.haaa...mampu nak mengangkat sampai tingkat 5??


keselamatan >>> of coz laa ni ciri2 yang paling penting kan..make sure xde sharp or rough edges yang exposed to ur baby..the 5 point harness supaya anak u ols distrap dengan selamat di dalam stroller itu..dan mesti cukup kuat menahan beban..


kemudahan >>> kemudahan yang i maksudkan ni ialah shopping basket, bottle holder,rain cover, leg warmer (kalo korang selalu gi holiday ke obersea) and parasol..ada sesetengahnyer memang datang together as a set tapi ada jugak yang kena beli asing..or mungkin jugak if u expect twin or triplets..ataupun ada toddler and expect a newborn..these are thing to consider too!!

expecting twins ataupun jarak between anak pertama dan yang kedua dekat sangat??? x susah..pilih ler stroller macam ni...=)


peg-perego triplette for u yang expecting kembar 3!!


kecantikan & kebajetan >>> faktor kecantikan ni laah yang selalu we ols dok rambang mata kan..very the vougiee the vast laah stroller sekarang ni..tapi faktor ni kurang penting sikit laa berbanding ngan faktor lain tu dan berjalan seiringan dengan faktor kebajetan..lagi besar bajet, lagi besar lah choice u all..part ni i x mo komen..x seswai sangattt!! tepuk dada tanya poket memasing yer..


what else cantik means if its not pink??? =D

or mungkin boleh pilih pram macam ni kalau nak feeling2 royalty!!vogue gilerr!!ngengehnngeh T_T



for more detail information or reviews about stroller, korang boleh jengah sini atau sini..and actually there's many website yang compare jenis2 stroller or pushchair supaya memenuhi keperluan korang..

happy shopping!!