HILANG

yerp..sedang hilang semangat berbelog..semalam x update langsung..the day before update pendek. hari ni pun masih belum kembali mood berbelog itu..

kenapa???

saya bizi..

bizi menghadap makhluk yang tak appreciate chance yang diberi.


bizi menghadap student merapu pot pet pot pet time seminar..slide panjang lebar, dok baca seolah2 lecturer kat depan x reti membaca..x masuk lagi kes "kasik" bontot kat lecturer serta tulis "perook"..*ni adalah perkataan bahasa melayu.ada sesape nak teka perkataan ape kah itu??nanti saya kasi hadiah berupa voucher percutian 15 hari 16 malam ke Masterskill..hahhaha*



weh, dulu saya pun student jugak, tapi xde lah merapu tahap gaban tertinggi langit ke-7 macam tu skali..



saya pun selalu jugak buat esaimen last minute tapi sekurang2 nya masih lagi berada di landasan yang betul,masih tahu apa yang dibuat dan masih boleh jawab lalu tak buat muka blur katak apabila di tanya oleh lecturer seolah2 lecturer cakap bahasa Perancis ataupun bahasa Jerman like "Heh, aku x paham bahasa apa ko cakap"..



bizi jugak saket hati ngan orang yang dengki ngan kami yang aktif dan KOMITED bekerja sedangkan BELIAU hanya tahu mengular dalam diam *ye, KADANG2 kami mengular jugak.tapi keje tetap buat* lalu sebab dengki ngan kami, maka potong markah appraisal kami secara berjemaah.mencik tahu!!



bizi jugak sebab sejurus selepas balik keje kena masuk untuk dua orang bibik (read: my adiks) import saya..eh, pembantu lelaki panggil bibik jugak ek??kesian sebenarnya bibik berdua tuh sehari suntuk melayan my prince charming yang memang susah tido di siang hari..maka 2 orang bibik yang kaki tido tuh, pun terpaksa mengurangkan aktiviti "bina badan" mereka sepanjang bersama Rafique.


eh, bukan ke i cakap x de mood nak berbelog???