Sabtu, 26 June 2010- Dua outlets pakaian bayi & Kanak-Kanak di pusat membeli belah Sunway Pyramid telah diserang dua orang yang kemaruk shopping untuk bakal baby yang akan keluar pada pertengahan September akan datang.
mereka yang disyaki merupakan sepasang suami isteri berbaju hitam..seorang tinggi, seorang pendek..seorang cantik, seorang hensem..wakakakaka..
antara barang yang telah berjaya dirembat oleh 2 orang berbaju hitam itu di butik Cotton On Kids adalah 2 helai t-shirt, sehelai jeans & 2 pasang stokin..menurut saksi, pasangan itu nampaknyer sungguh rakus sekali memilih pakaian2 disitu tanpa menghiraukan saiz bayi mereka yang bakal keluar.bak kata Karam Singh Walia "apekejadahnye membeli pakaian sebegini ranggi untuk newborn baby??"
menurut sumber2 yang boleh dipercayai, pasangan ini bakal menyerang Cotton On lagi kerana mereka sungguh tak keruan melihat baju-baju yang sungguh comel disitu..khabarnye, kalau boleh mereka mahu beli tokey Cotton On sekali supaya boleh didera bekerja 24 jam menjahit baju comel begitu untuk baby mereka kelak!!*sungguh bahaya nampaknye penyerang berani mati ini!!*
gambar sumber dari kamera CCTV dihadapan butik Anakku ini boleh dijadikan bahan bukti dimana pasangan itu telah membuat rembatan seterusnya kira 20-30 items (dalam plastik putih-biru itu) akibat tergoda dengan saranan seorang akak sales girl yang mem"promote" tentang sale hebat disitu..
pasangan ini kemudiannya dilihat meninggalkan pusat beli belah tersebut kira2 jam 5.30 petang..mungkin kerana bajet sudah abes..menurut ahli keluarga terdekat, pasangan ini memang x reti nak berenti shopping selagi ada duit..ada juga sumber yang memberitahu bahawa pasangan ini percaya bahaya untuk simpan duit, maka lagi baik dihabiskan di shopping mall-shopping mall terdekat!!lalalalala...
pihak kami masih menyiasat isi kandungan yang telah dirembat dalam plastik putih itu..berita selanjutnya akan disampaikan sejurus selepas tamat siasatan..sekian terima kasih..